Rezeki ada di mana-mana. Itulah yang menggambarkan nasib seorang lelaki, Mohd Sharul, 46, apabila gambarnya yang sedang menolak motosikal pancit sejauh 10 kilometer menjadi viral baru-baru ini.
Kredit foto: Facebook
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bernama Syed Hassen ternampak lelaki itu sedang menolak motosikalnya sepanjang jambatan Pulau Pinang. Turut sama di atas motosikal itu adalah anak Mohd Sharul yang berusia enam tahun.
Kredit foto: Facebook
Kerana belas kasihan, Syed Hassen telah mengiringi anak beranak itu sehingga ke bengkel untuk memasikan keselamatan mereka. Menunggu motosikal dibaiki, Syed Hassen sempat makan dan berborak dengan si ayah dan mendapati bahawa beliau sedang mencari pekerjaan untuk menyara lapan orang anaknya.
Kredit foto: Facebook
Selepas membayar kos membaiki motosikal dan membayar makanan, Syed hassen meminta keizinan lelaki itu untuk berkongsi kisahnya di media. Postingan beliau dikongsikan di beberapa portal komuniti termasuk Penang Kini dan Komuniti Kepala Batas.
Kredit foto: Facebook
Tak sangka, susulan perkongsian itu, lelaki itu telah menerima beberapa tawaran pekerjaan. "Tolong PM, mungkin saya boleh tolong kalau dia nak kerja kilang,' kata seorang netizen.
Kredit foto: Facebook
"Boleh tak beri nombor dia, suami saya sedang mencari pekerja di tepi Highway Jeluton, gaji RM1100," kata seorang wanita.
Tidak cukup dengan rekomendasi, malahan ada beberapa orang majikan sendiri meminta nombor perhubungan Sharul untuk menawarkan pekerjaan.
Kredit foto: Says.com
Menurut Sinar Harian, Sharul terharu dengan semua tawaran itu dan tidak menyangka kisahnya menyentuh hati msayarakat. Beliau juga dikatakan sedang menimbang beberapa tawaran kerja tersebut secara serius.
Kredit foto: Facebook
Semoga niat Sharul mencari pekerjaan untuk menyara 8 orang anaknya akan termakbul. -CARI |