CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8719|Reply: 24

"Sudah Puas Hidup Miskin," Pengorbanan Isteri Mark Adam Ini Wajar Dipu

[Copy link]
Post time 29-4-2019 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Mark Adam yang kini aktif dalam bidang persembahan komedi dan juga nyanyian nampaknya semakin popular dan meningkat naik.

Mark yang berasal daripada Filipina telah pun berkahwin dengan Norazah Redzuan ataupun dikenali sebagai Ezan setelah 10 tahun berhijrah ke Malaysia.




Perbezaan budaya dan agama tidak menghalang Mark dan isteri untuk menyantuni keluarga masing-masing secara muhibah. Ibu kepada Mark merangkap mertua Ezan, Florenda Macaraig Echivarre, 61 kini masih menetap di Filipina bersama ahli keluarga yang lainnya.




Namun begitu, walaupun jarang bertemu, Ezan dan ibu mertuanya sangat akrab ditambah dengan kejayaan Mark mencari rezeki di Malaysia menambahkan kemesraan antara mereka.


"Mula-mula agak kekok untuk berkomunikasi.."


Ezan mengakui pada awal tempoh perkahwinan agak sukar baginya untuk berkomunikasi dengan keluarga Mark kerana masalah komunikasi. Namun Ezan beruntung kerana mampu bertutur dalam bahasa Filipina walaupun sedikit lantas membuatkan hubungan mereka bertambah mesra.




Berkongsi pengalaman bersama keluarga Mark Adam, Ezan berasa bertuah kerana layanan ibu mertuanya sangat baik. "Saya dimanjakan seperti anak sendiri, kadang-kadang baju saya ibu yang basuh tanpa saya minta, semuanya dia buat sendiri", ujar beliau.


Ezan juga berkongsi menu masakan yang dinanti apabila pulang ke rumah mertuanya di Filipina. Udang masak bawang putih,chicken adubo ataupun di Malaysia dikenali sebagai ayam masak kicap dan pelbagai lagi.





"Niat nak bantu keluarga Mark Adam.."


Ketika ditemui oleh majalah NONA, Ezan menceritakan saat-saat awal perkahwinan beliau ketika kali pertama menjejak kaki ke rumah keluarga mertua beliau di Filipina. Kehidupan ibu mertuanya sangat daif, ditambah dengan adik beradik Mark yang ramai dan keadaan rumahnya yang sempit. Lantas Ezan berazam untuk mengubah nasib mertuanya dan kesungguhan Mark untuk berjaya juga membuatkan pasangan ini lebih bersemangat untuk meningkatkan taraf hidup.






"Makan nasi berlaukkan ikan masin, saya insaf.."


Ujarnya lagi, keluarga mertua sering makan nasi berlaukkan ikan masin dan tidur beralaskan tilam nipis. Tidak pernah tidur atas katil empuk. Ianya membuatkan saya sebak dan insaf.


Mark dan isteri berusaha mencari rumah sewa dan membeli segala keperluan seperti katil, sofa dan pelbagai barang asas untuk keluarga mertuanya. Senang hati kami lihat mereka gembira, malah tidak merungut.




Ezan juga yang merupakan pengurus kepada Mark Adam juga berjaya menaikkan nama beliau sebaris dengan artis-artis lain. Sikap Mark yang merendah diri membuatkan beliau semakin diterima oleh rakyat Malaysia.


Mark juga mengakui beliau ingin bekerja keras dan mengubah nasib keluarga seperti mana hasrat bapanya sebelum meninggal dunia. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 12:36 PM | Show all posts
bagusnya pasangan ni... salute them
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mark ni sgt lurus ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinoy mmg ramai hidup susah..
Tp kalau bab2 ratu cantik.. x kisah lah kebuluran ke hape.. beauty pageant tetap bauty pageant.. mcm 1 perayaan plak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:54 PM | Show all posts
urg msia terutama merlayu yg suka terima pinoy, myanmar, bangla, indon dan yg sewaktu dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik Kak Ezan ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2019 04:10 PM | Show all posts
Alhamdulillah sonok tgk udah bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 04:58 PM | Show all posts
bagusnya bini mark ni, niat baik mesti Allah tolong. semoga korang bahagia dengan membuat orang lain bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 05:02 PM | Show all posts
aku sangat suka mark ni. jenis lurus and baik. moga dia bahagia and setia dgn bininya yg satu ni. moga dipermudahkan juga derang utk dapat anak walaupun sorang, jadilah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 05:12 PM | Show all posts
bagus pasangan ni.. suka tgk dorng
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aiols x suke pinoy tp mark adam nie terkecuali

die nie baik,lurus bendol..tp x bodo..sopan sgt jmpe dpn2...wife nyer pon nmpak baik n profesional..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aunty_Acid replied at 29-4-2019 12:54 PM
urg msia terutama merlayu yg suka terima pinoy, myanmar, bangla, indon dan yg sewaktu dengannya.

aiols lg rela terime pinoy mcm mark nie dr org melayu sndirik mcm sapi cip cip cip tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dgn mark adam. Sgt humble orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 29-4-2019 04:50 AM
Pinoy mmg ramai hidup susah..
Tp kalau bab2 ratu cantik.. x kisah lah kebuluran ke hape.. beauty p ...

Rasanya tu je hiburan dieorg and d only event utk celebrate, suka2..hari2 hidup sgtlah daif, stress..insaf iols masa gi sana
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xingat la dalam program mana dlm 2-3tahun lepas kot, mark cakap dia ada jugak d ganggu retis2 wanita yg nak berkenalan lebih rapat tapi dia tolak cara baik sebab syg sgt kat isteri dia...

semoga mark  sekeluarga d murahkan lagi rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 10:46 PM | Show all posts
orang yg pernah merasa susah bila dah hidup senang sikit mesti humble & bersyukur sgt2. Yg baru2 nak kaya mcm sapi cip cip cip & muhd sajad tu tak tau la..bila kaya terus lupa diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Menantu mcm ni memang jd kesayangan mentua la. Allah pun syg. Semoga cpt2 timang anak ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 12:50 PM | Show all posts
mark ni kalau cakap serius ke kelakar ke aku mesti aku nak tergelak.tak tahu kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 06:26 PM | Show all posts
bagusnya. semoga dapat terus berbakti kpd keluarga. aku suka mark, muka kering je buat lawak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk dgr cite nk tlong famili
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.724563 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list