Rupanya anjing lebih suci daripada lelaki yang berjanggut. Demikian kesimpulan sebuah kajian terkini yang mendapati janggut lelaki didapati mengandungi kadar kuman yang lebih tinggi daripada bulu anjing.
Dalam satu kajian, penyelidik di Klinik Hirslanden berdekatan Zurich, Switzerland, membandingkan kandungan mikroorganisma dalam janggut dan jambang 18 orang lelaki dan 30 ekor anjing.
Kredit foto: Carian Google
Mereka mendapati 100% daripada lelaki itu mempunyai kandungan bakteria yang tinggi dibandingkan dengan hanya 23 daripada 30 ekor anjing mempunyai kadaran yang sama. Lebih mengejutkan tujuh daripada lelaki itu didapati membawa kuman berbahaya yang boleh mengakibatkan penyakit teruk, lapor BBC.
Kajian yang diterbitkan awal bulan ini itu dan menjadi viral bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada sekumpulan lelaki berjambang. Menurut Keith Flett, pengasas kepada persatuan Barisan Pembebasan Jambang (BLF), keputusan kajian itu meragukan.
Kredit foto: Carian Google
"Saya rasa kebarangkalian untuk mendapat kadar mikroorganisma sangat tinggi buat sesiapa yang mempunyai rambut, tidak semestinya pada jambang," katanya mempertahankan. "Jadi saya tidak percaya mempunyai janggut atau jambang itu tidak bersih," katanya lagi.
Kredit foto: Carian Google
Beliau turut membidas pelbagai cerita negatif di media mengenai lelaki yang memiliki jambang kerana mengakibatkan pogonophobia, iaitu ketakutan terhadap mana-mana lelaki yang memiliki jambang.
Nampaknya, kajian ini satu teguran kepada lelaki yang berjanggut dan berjambang supaya sentiasa menjaga kebersihan mereka. - CARI |