Seorang warga Amerika Syarikat menyatakan kekagumannya kepada keramahan dan sikap rakyat yang suka menolong.
Menurut CJ Werleman, anak gadisnya berumur 18 tahun yang dalam perjalanan ke Australia untuk berjumpa dengan dia dan isteri
telah kehilangan kad debitnya semasa transit di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Kredit foto: Malay Mail
Memandangkan anaknya terpaksa menunggu selama 12 jam untuk penerbangan seterusnya, anak gadisnya itu terpaksa berdepan risiko untuk kelaparan tanpa wang untuk membeli sebarang makanan.
CJ Werleman dan isterinya cuba untuk mengirim duit kepada anaknya dengan pelbagai cara tetapi gagal. Ada yang tidak menerima kiriman wang dari Australia, ada pula yang mengambil masa dua hari untuk sampai.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, kebimbangan CJ Werleman itu berakhir apabila anaknya memberitahu seorang lelaki Muslim warga negara Malaysia telah membantu dan memberikan anaknya duit.
Menurut anak gadisnya, seorang lelaki berumur sekitar 50an atau 60an bersama keluarganya ternampak dia sedang bersedih dan bertanyakan masalahnya.
Keluarga itu akhirnya dengan senang hati memberikannya dua bar coklat, buah anggur, sebotol air dan wang tunai RM50. Menurut CJ welerman, dia sangat kagum dengan hospitaliti warga Malaysia yang membantu anaknya.
Kredit foto: Twitter Search
Ini bukan kali pertama CJ Werleman memuji warga Malaysia. Sebelumnya CJ Werleman yang bekerja sebagai wartawan sebuah penerbitan pernah datang ke Malaysia untuk menulis mengenai usaha negara ini membantu pelarian asing.
Kredit foto: Twitter
Walaupun tidak diketahui siapa identiti lelaki Muslim dan keluarganya itu, CJ melalui surat khabar Malay Mail mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka.
Semestinya sikap sebegini akan meningkatkan lagi imej Malaysia di mata dunia. Syabas kepada lelaki dan keluarganya itu kerana sudi membantu. -CARI
|