Saban tahun menjelangnya Ramadan dan Syawal, sudah menjadi kewajipan untuk Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh bermulanya bulan puasa di kaca televisyen (TV) dan radio.
Seolah menjadi budaya masyarakat muslim Malaysia untuk menunggu di hadapan kaca TV untuk menantikan pengumuman tarikh tersebut. Namun, sejak beberapa tahun ini, tular pula aktiviti di kalangan netizen untuk meneka warna baju Melayu yang akan digayakan setiap tahun.
Ada pula yang kreatif membuat kompilasi warna baju yang telah dipakai Tan Sri Syed pada tahun-tahun sebelumnya. Aduhai, kreatif betul!
Persoalan warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umum tarikh puasa 2019 terjawab
Baju warna apa tahun ini?
Terutamanya di media sosial Twitter, ramai yang telah membuat 'poll' atau undian berkenaan pilihan warna untuk tahun ini. Portal berita seperti Astro AWANI juga tidak terlepas membuat undian ini.
Dusty Pink!
Nampaknya, banyak tekaan tidak menepati sasaran. Kali ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu memilih warna dusty pink ataupun merah jambu untuk tahun ini. Kelakar pun ada juga, kan? Hanya sekadar hiburan sebelum menjelangnya Ramadan. Tontoni video penuh pengumuman tarikh berpuasa tahun 2019 di sini.
Selamat menyambut bulan Ramadan, 1440 Hijrah! - CARI |