CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6472|Reply: 49

Tercicir Dompet, Kena Curi Dek Suami Isteri Pada Hari Pertama Ramadan

[Copy link]
Post time 7-5-2019 11:04 AM | Show all posts |Read mode





Malang nasib seorang warga kota, hajatnya untuk mula berniaga pada hari pertama Ramadan tergendala kerana beg duitnya diambil orang. Peristiwa yang berlaku di sebuah pasar raya ini dirakamkan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang jelas menunjukkan sepasang suami isteri bersama anaknya mengambil dompet tersebut.


Tragedi ini sangat dikesali oleh adik lelaki tersebut lalu menularkan rakaman CCTV ke media sosial dan mengharapkan dompet tersebut dipulangkan kembali.








Menurut Syaza lagi, video tersebut jelas menunjukkan aksi sepasang suami isteri yang ternampak dompet berada di lantai lalu suami menyuruh si isteri mengambilnya. Lebih teruk, si suami melihat isi dompet tersebut dan menyedari ada wang lalu terus menyimpannya di dalam poket.



"You guys boleh nampak abang I (baju biru) baru je gerak dari tempat tu.

Dia patutnya boleh ja panggil bagitahu 'wallet' tercicir, tapi nak curi jugak."



Bertempat di Kedai Rakan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ramai netizen tidak menyangka kejadian tersebut berlaku di bulan yang mulia ini. Apatah lagi mereka turut membawa anak bersama-sama sekaligus menunjukkan contoh tidak baik kepadanya.






Malahan, ada netizen turut berkongsi peristiwa yang sama berlaku di kedai tempatnya bekerja iaitu ada budak mencuri mainan. Peristiwa ini telah memberi gambaran bahawa sifat tidak baik tetap kekal berada di dalam diri biarpun dalam bulan yang penuh barakah ini.



Kredit foto: Twitter




Bagaimanapun, tidak semua yang bersetuju dengan pendapat ini. Ada juga yang merasakan masalah ini berpunca dari abang mangsa yang cuai. Ini mendedahkan pada situasi yang tidak dijangka iaitu kecurian daripada pihak suami isteri itu.





Kredit foto: Twitter




Adalah dikesalkan peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan, apatah lagi buat mangsa yang baru sahaja berjinak-jinak untuk berniaga tetapi dianiayai sebegini. Diharapkan agar tiada lagi kejadian sebegini berlaku lagi. - CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 11:10 AM | Show all posts
Kesian..nak buat camne dah takde rezeki namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:11 AM | Show all posts
adehh memacam...x pepasal jer
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:12 AM | Show all posts
rezeki depan mata..jahat

kadang2 manusia yang nak buat salah ni, xpernah terfikir ke tmpat tu ada cctv
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak PU daie nak highlight benda mcm ni? Kes2 mencuri ? Merogol ? Yg penting bertudung khuenssss
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:18 AM | Show all posts
kesiannya moga dimurahkan rezeki lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2019 11:21 AM | Show all posts
pelik nya ada pulak yg komen mangsa pulak yg salah
dia ingat org saja2 ke nak cicirkan duit
ni agaknya spesis yg pantang ada peluang mencuri terliur nk mencuri jugak
benda da depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:23 AM | Show all posts
bukan rezeki abg si Syaza tu....

si pencuri pun x agak2 amik duit org....klu tercicir duit jek mmg itu rezeki lah...
ni tercicir sekali dgn wallet...ada IC kot dlm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 11:26 AM | Show all posts
kesiannya moga2 org yg amik tu dpt pulangkan semula
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:28 AM | Show all posts
bukan rezeki.... anggap la sebagai sedekah jer tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:36 AM | Show all posts
Pink_Purple replied at 7-5-2019 11:12 AM
rezeki depan mata..jahat

kadang2 manusia yang nak buat salah ni, xpernah terfikir ke tmpat tu ada ...

tak payah cctv sangat..

kat padang masyar tu nanti segala benda kita buat di dunia ni akan ditayang balik kat semua orang....kiri kanan tu dah ada malaikat tukang catit dosa dan pahala pun berani buat salah..

mungkin dah biasa 'makan' rezeki yang tak diketahui mana asalnya kut, jadi jumpa duit ambik jer la... walopun nampak ada ic orang tu kat dalam...

mungkin jugak salah anggap selagi tak mencuri, selagi tu tak salah...benda dah depan mata....

len kali letak note kat dalam tu, u duit hasil ternak babi.. mungkin dipulangkan?



p/s aku bengang ada org curi anak kucing persian yg terlepas dari kandang...aku pnh baca komen org tak salah ambik kucing terlepas sbb owner tak kandang... gila org tu. sah2 kucing tu ada loceng ada nama owner kat tag
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh mana yg salahkan mangsa yg tercicir wallet tu?
Mesti perangai dia pun sama,  merembat bila ada peluang .
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nama TERCICIR apa pulak salah mangsa. Taknak doa tp nak juga tau tukang komen tu menggelupur macam mana kalau dia punya pulak yg tercicir. Jgn lancang sgt mulut salahkan mangsa yg tgh dilanda musibah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:42 AM | Show all posts
Zaman sekarang makin susah nak jumpa orang jujur dan sedia membantu yang ramai jenis suka ambil kesempatan atas kesusahan orang
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:43 AM | Show all posts
Orix replied at 7-5-2019 11:14 AM
Ada tak PU daie nak highlight benda mcm ni? Kes2 mencuri ? Merogol ? Yg penting bertudung khuenssss

tak glamer lah kalau buat surat terbuka untuk orang tah sapa2
buat surat terbuka untuk artis lagi bagus
nama pun naik
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 12:01 PM | Show all posts
leylapple replied at 7-5-2019 11:36 AM
tak payah cctv sangat..

kat padang masyar tu nanti segala benda kita buat di dunia ni akan dita ...

betul sangat2..

kalau ingat mahsyar mesti dia gerun,xberani ambik la..

pasal curi binatang..kalu mereka beranggapan tuan xkandang..lembu kerbau kambing yang berkeliaran boleh diambil la..
berapa ramai orang yang mati kerana terlanggar binatang yang dibiar xberkandang ni di atas jaln raya/lebuhraya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 12:14 PM | Show all posts
aku cukup tak boleh blah , kalau ada tukang back up penjahat. makan dedak punya org...  ada pulak nak  salahkan org cuai pulak.. cuai tu, cuai lah.. nak buat macam mana.. tak sedar wallet tu tercicir... Yang tak cuai tu.. susah sgt ke nak pulangkan benda yg bukan hak...   
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 12:18 PM | Show all posts
aku pernah tgh susah time tu plak hansphone ke curik..menggila aku suruh budak kedai tu tunjuk sorg2 kot ada yg curi. sedih dan menangis aku blik..tiba2 tergt suh baca 'innallillah...hirajiun" lepas tu aku redha dan terima ketentuan itu bukan rezeki aku.. tiap perbuatan akan ada balasannya sdri. cash Allah akan bagi..jgn pelik kita baca berita pelik2..sbab perbuatan manusia itu sendiri..jgn play victim plak.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 12:21 PM | Show all posts
rospinki replied at 7-5-2019 12:18 PM
aku pernah tgh susah time tu plak hansphone ke curik..menggila aku suruh budak kedai tu tunjuk sorg2 ...

kene pkir positif

mgkin pencuri  tu lpas curi tepon, main game dlm tu,pstu eksiden maut

atau

mgkin dgn tiada tepon tu, kmu dpt elak dri eksiden bagai, si pencuri tu plak yg eksiden


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 12:22 PM | Show all posts
Orix replied at 7-5-2019 11:14 AM
Ada tak PU daie nak highlight benda mcm ni? Kes2 mencuri ? Merogol ? Yg penting bertudung khuenssss

lengan tak tudung. hiks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.134737 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list