Setelah teruk dikecam oleh netizen, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (Esports Malaysia) menjelaskan bahawa kehadiran Syed Abdullah Syed Abdul Rahman ke acara Grand Final Sesi Kelayakan Esports Sukan SEA Peringkat Kebangsaan pada 4 Mei lalu bukan atas kapasiti sebagai wakil adiknya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Persatuan berkenaan dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya pada 6 Mei menjelaskan, Syed Abdullah juga tidak mewakili Kementerian Belia dan Sukan.
Jelas Esports Malaysia, Syed Abdullah tidak dijemput dan kehadirannya adalah atas kapasiti peribadinya sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik.
"Sebagai contoh, sekiranya beliau hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, pihak penganjur pasti akan memberi penghormatan kepada beliau dan ahli keluarga lain yang hadir bagi menzahirkan sokongan kepada industri sukan tersebut," jelasnya.
Syed Abdullah dilayan seperti tetamu kenamaan (VVIP). Kredit foto: Facebook
Kenyataan asal Esports Malaysia (kiri) tentang acara tersebut memaparkan nama Syed Abdullah manakala kenyataan di sebelah kanan telah diedit.
Kredit foto: Facebook
Netizen yang menyedari nama Syed Abdullah tertera dalam kenyataan asal meluahkan kekesalan mereka kerana perkara tersebut didakwa tidak mematuhi protokol acara rasmi.
Salah seorang daripada mereka turut mempersoalkan mengapa Syed Abdullah menerima layanan VVIP sedangkan dia hadir sebagai penyokong sukan elektronik sahaja.
Kredit foto: Facebook
Malah ada yang mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak puas hati tentang tahap penganjuran acara berkenaan.
Kredit foto: Facebook
Sepatutnya penganjur memahami protokol berkaitan menteri Kabinet agar kesilapan serupa tidak lagi berulang pada masa hadapan. -CARI |