|
Seorang bapa tergamak mendera bayinya sendiri sampai mati.
Detik.com melaporkan, MS,23 dari Jakarta Barat, Indonesia ditangkap kerana melakukan penganiayaan terhadap bayi kandungnya yang berusia 3 bulan.
Pihak berkuasa Indonesia menyatakan, dia sudah mendera bayinya itu sejak berusia sebulan lagi.
Ketua Polis Bahagian Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu berkata, "Berdasarkan keterangan pelaku, penganiayaan terhadap anaknya bukan dilakukan satu kali sahaja, tetapi ternyata pernah dilakukan pada saat bayi berumur satu setengah bulan, di mana kaki bayi dipatahkan oleh pelaku dan juga punggung."
Mangsa dikatakan didera setiap kali isterinya meminta suspek untuk menjaganya.
Kredit foto: Detik.com
Tambah Erick, "Antara lain, bayi ini digigit tepat di wajah sebelah kiri, ada bekas gigitannya. Juga kemudian dipukul atau ditumbuk tepat di muka, sehingga menyebabkan hancur pada bahagian hidung dan bibirnya pecah.
"Kemudian tangan dan kakinya dipatahkan, ditarik dan dipulas berulang kali. Menurut keterangan suspek, dipulas hingga berbunyi 'krek' baru dia berhenti."
Mangsa meninggal dunia pada 27 April lepas di bawah jagaan suspek ketika isterinya keluar ke pasar.
Bila ditanya mengapa bayinya mati, suspek hanya menjawab mangsa tersedak. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|