Penganggur dihukum penjara enam tahun dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah membakar rumah ibu hanya kerana disuruh mencari kerja.
Memetik Sinar Harian, pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Musli Rudin Ramle, 29, didakwa melakukan khianat api hingga merosakkan rumah ibunya, Mariah Abdul Latif, 48, jam 1 petang di Lorong Chicha, Berek 12 pada 4 Mei lalu.
Gambar Hiasan
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh sebelum ini merayu hukuman ke atasnya diringankan, namun Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira empat rekod lampau membabitkan ugutan, khianat dan dadah.
Berdasarkan fakta kes, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu selepas ditegur ibu tertuduh menyuruh lelaki berkenaan mencari pekerjaan.
Kredit foto: Sinar Harian
Difahamkan, ibu tertuduh kemudian menghubungi bapa mangsa dan menyuruhnya pulang ke rumah sebelum masuk ke bilik untuk berehat kerana demam. Manakala, tertuduh keluar dari rumah.
Namun, mangsa kemudian terdengar suara anaknya membebel dan sebaik membuka pintu bilik, dia melihat ruang tamu dan dinding rumah sedang dijilat api.
Menurut jiran, dia melihat tertuduh keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas kebakaran itu. - CARI |