Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai ustaz Haji Omar Kassim meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah stesen televisyen.
Foto: FB
Tindakan stesen TV yang melabelkan pejuang Gaza Palestin sebagai militan itu dianggap sebagai biadab.
Foto: FB
Dia menuntut agar pihak berkenaan tampil membuat permohonan maaf.
Tulisnya:
"Adakah minda Zionis telah masuk ke TV3?
Menteri Komunikasi dan TV3 mesti mohon maaf kerana kebiadapan ini. Orang Palestin di Gaza yang diserang dalam bulan Ramadhan, biadap dan kurang ajarnya kamu memanggil mereka MILITAN!!! Bukankah di sana ada bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa cedera dan menjadi korban? Apa kamu tidak membaca, telingamu tuli? Kemudian pejuang dan rakyat Gaza bertindak balas, sebagaimana Tok Janggut dulu bertindak balas menentang Inggeris, kamu panggil mereka MILITAN?"
Tambahnya sehingga kini, belum ada pihak yang tampil membuat permohonan maaf. -CARI |