Menggosok gigi selepas makan memang satu amalan yang baik untuk memelihara kesihatan mulut. Malahan kita perlu menjaga mulut dan gigi lebih rapi semasa bulan ramadhan.
Namun begitu, tahukah anda amalan terus menggosok gigi selepas sahur sebenarnya kurang sihat untuk gigi kita dan seterusnya akan memudaratkan gigi. Bukan sahaja semasa waktu sahur, tetapi setiap kali makan kita tidak boleh terus menggosok gigi. Menurut Dr. Ibrahim Shahruddin menerusi kicauan di Twitter-nya @ib_shah, memberus gigi selepas sahur boleh mendatangkan risiko gigi terhakis.
Kenapa 30 minit? Selepas makan, enzim yang berada di dalam mulut akan bertindak terhadap makanan seterusnya menjadikan gigi berada dalam keadaan sedikit berasidik, tambahan pula sekiranya kita memakan makanan berasid seperti limau dan sebagainya. Asid ini akan 'menyerang' gigi dan gigi akan menjalani satu proses yang dinamakan 'dimineralisasi'. Proses ini akan menjadikan gigi sedikit rapuh dan jika gigi diberus secara terus menerus, ia akan lebih mudah terhakis.
30 minit terlalu lama? Nanti terlepas waktu sahur? Selepas makan kita boleh terus berkumur terlebih dahulu dengan menggunakan cecair kumur. Penggunaan cecair kumur semasa di bulan puasa adalah dibenarkan. Namun begitu, penggunaan yang berlebihan atau tertelan dengan niat sengaja boleh menyebabkan puasa terbatal. Kita juga perlu mengelakkan menggunakan cecair kumur yang mengandungi kandungan alkohol. Ini kerana alkohol akan menyebabkan mulut menjadi lebih kering.
Gambar Ihsan Dari Google
Waktu menunggu 30 minit merupakan waktu terbaik untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan kerana proses dimineralisasi tadi sudah selesai dan gigi akan dineutralisasikan kembali. Penggunakan ubat gigi yang sesuai juga membantu meneutralkan asid dalam mulut kita.
Gambar Ihsan Dari Google
Amalan menggosok gigi semasa berpuasa tidak akan membatalkan puasa dengan syarat individu tersebut tidak menelan apa-apa bahan semasa menggosok gigi. ( Mufti Wilayah) - CARI
Sumber: Twitter Dr.Ibrahim
|