View: 3208|Reply: 13
|
David Beckham Tak Dibenar Memandu, Lesen Digantung Enam Bulan!
[Copy link]
|
|
Kalau ditanya, pasti tiada siapa yang tak pernah menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kadang-kala pasti ada keperluan mendesak seperti perlu membuat panggilan dan memeriksa mesej penting. Betul kan?
Kredit foto: essex police
Begitulah adatnya. Walau apa pun alasan kita sebagai pemandu, yang salah tetap salah. Memandu sambil menggunakan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Tetapi di Malaysia, masih belum ada tindakan apa-apa, benar?
Namun begitu, di United Kingdom, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dipandang sebagai kesalahan yang serius dan boleh dikenakan 6 mata penalti serta denda 200 pound sterling.
Itulah yang menimpa bekas pemain bola sepak antarabangsa tersohor, David Beckham apabila menggunakan telefon bimbitnya semasa memandu.
Kredit foto: IG
Kejadian ini berlaku sekitar November tahun lalu, dan foto David dirakam oleh orang awam. Sewaktu itu, David dilihat sedang tunduk memandang ke ribanya sewaktu memandu kereta.
David mendakwa, walaupun dia sebenarnya tidak mengingati sekiranya dia ada menggunakan telefon bimbit pada tarikh berkenaan seperti didakwa, tetapi dia memilih untuk mengaku bersalah sahaja.
Kredit foto: IG
Akibat daripada itu, David terpaksa membayar denda sebanyak 750 pound sterling, dan dikenakan penalti pada lesen memandunya sebanyak 6 mata. David sebelum ini sudah pun dikenakan 6 mata penalti ke atas lesen memandunya akibat kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Total 12 mata penalti yang terkumpul sekaligus mengakibatkan lesen memandunya digantung selama 6 bulan mengikut undang-undang Britain.
Kredit foto: IG
David sering memandu keretanya setiap hari untuk mengambil dan menghantar pulang anak-anaknya dari sekolah. Nampaknya, terpaksalah
orang lain pula mengambil alih tugasnya dalam tempoh itu. Apa pendapat anda, wajar atau tidak wajar lesennya digantung? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp takde driver asyik kena tangkap drive masa mabuk. Tak paham iols |
|
|
|
|
|
|
|
armin: Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp takde driver asyik kena tangkap drive masa mabuk. T ...
Kete sport car bg driver drive? |
|
|
|
|
|
|
|
takpe iols boleh hantarkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sistem buat duit paling syok, masyuk dan paling canggih abad ini. Boleh dapat pendapatan harian, mingguan dan bulanan. Peluang menang hadiah hebat-hebat. Jom join saya buat duit sama-sama sekarang juga! https://duitcloud.com/?id=tas123 |
|
|
|
|
|
|
|
Sistem buat duit paling syok, masyuk dan paling canggih abad ini. Boleh dapat pendapatan harian, mingguan dan bulanan. Peluang menang hadiah hebat-hebat. Jom join saya buat duit sama-sama sekarang juga! https://duitcloud.com/?id=tas123 |
|
|
|
|
|
|
|
armin: Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp takde driver asyik kena tangkap drive masa mabuk. T ... typical meleis kaya mmg le fikir cam ko. Naik alphard takpun vellfire. Baru cukup syarat utk jd org kaya kat malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia bekam maa bkn vida & alip sukri..takat keta bekam drive sendiri jelaa..dia bayor pilot je utk bawak flight dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah duit banyak mampu je nak bayar driver lagi pun enam bulan je bukannya lama sangat |
|
|
|
|
|
|
|
nak drive sambil tengok henset mai la drive kat malaysia..
lagi pulak ko org pemes..saper berani nak tegur |
|
|
|
|
|
|
|
upah jela driver.... grab pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Beckham.... u so awesomeeeee huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|