Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) telah mengeluarkan notis kepada 39 orang wanita mengarahkan mereka menghadiri sesi kaunseling kerana memakai pakaian yang kurang sopan di buan puasa, lapor Bernama.
Kredit foto: Carian Google
Penolong Pengarah bahagian Penguatkuasaan Jaheik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata dua orang lelaki turut diberikan notis kerana disyaki tidak berpuasa tetapi kes mereka sukar dibuktikan berikutan tidak ada bukti kukuh.
Menurut Mohd Fadzull lagi, selain daripada 41 individu yang diberikan notis itu, Jaheik juga memberikan amaran lisan kepada 8 orang lagi individu kerana berkelakuan kurang sopan.
Kredit foto: Carian Google
"Kesemua mereka yang berumur 20-40 tahun diarahkan menghadiri sesi kaunseling di Balai Islam Lundang dalam tempoh 14 hari notis tersebut."
"Kami kini lebih menekankan pendekatan memberikan pendidikan daripada mendenda, bagaimanapun mereka yang terus ingkar akan diambil tindakan tegas," tambahnya lagi.
Kredit foto: Carian Google
Mohd Faizull berkata dalam operasi tersebut seramai 70 anggota penguatkuasa terlibat terdiri dari Majlis Perbandaran Kota Baru, polis, Jabatan Kebajikan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
"Kami akan meneruskan operasi sepanjang bulan Ramadan di bazar, bank, kawasan warung, kompleks beli belah dari masa ke semasa untuk memastikan orang ramai menghormati bulan puasa," tambahnya lagi. -CARI |