View: 2035|Reply: 4
|
Budak 2 Tahun Maut Terbakar Lepas Main Mancis Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Leka sekelip mata, maut menanti. Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut terbakar selepas bermain dengan mancis di dalam kereta bapanya.
The Sun melaporkan, mangsa, Oryna ditinggalkan beberapa minit tanpa pengawasan sebelum memasuki kereta model Zhiguli yang diparkir di halaman rumahnya di Kozatske, selatan Ukraine.
Selepas menutup pintu, mangsa dikatakan menemui sekotak mancis di dalam kenderaan berkenaan sebelum menyalakannya.
Kanak-kanak itu bagaimanapun dipercayai terjatuhkan batang mancis yang masih menyala di atas tempat duduk menyebabkan ia terbakar dan api memarak.
Menurut polis, kanak-kanak itu ditemui sudah terkulai di dalam kereta yang sedang dijilat api itu oleh bapanya berusia 27 tahun.
Media tempatan melaporkan, lelaki itu segera mengeluarkan anaknya dan membawa mangsa ke dalam rumah untuk cuba memberi bantuan pernafasan, namun sudah terlambat.
Jiran yang terdengar jeritan ibu Oryna terus menghubugi talian kecemasan, namun paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Menurut laporan forensik, mangsa meninggal dunia akibat terbakar teruk selain keracunan karbon monoksida.
Jurucakap polis Natalia Mytrofanova berkata, bapa mangsa meninggalkan anaknya bersendirian di halaman rumah sementara dia masuk ke dalam rumah.
Namun, apabila dia menjengah ke luar tingkap beberapa minit kemudian dia tidak melihat anaknya, tetapi ternampak keretanya terbakar dan berasap sebelum menemui mangsa sudah tidak sedarkan diri di dalam kereta itu.
Kredit foto: The Sun
Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine, Olga Safronova berkata, sekotak mancis dan beberapa batang mancis yang sudah terbakar ditemui dalam kenderaan berkenaan.
Difahamkan, ibu bapa Oryna sedang disiasat dan berdepan denda, jika didapati bersalah. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.... sedih baca kes-kes macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok Kete Pon Dah Kesian
Edited by tumpanglalu74 at 14-5-2019 12:26 PM
Zhiguli (Russian: Жигули, IPA: [ʐɨɡʊˈlʲi]) was a brand of cars manufactured in Russia and the Soviet Union by AvtoVAZ during 1970-2012 and somewhat longer in some places abroad. The export variants were branded as Lada.
The car was also manufactured in Ukraine and in Egypt. In Egypt the last car of this model was manufactured in early 2014.
The brand is named after the Zhiguli Mountains by the Volga River, to match the name of the plant ('VAZ' stands for "Volzhsky Avtomobilny Zavod" or "Volga Automobile Plant").
There have been 7 models of this brand: VAZ-2101, VAZ-2102, VAZ-2103,VAZ-2104, VAZ-2105, VAZ-2106, VAZ-2107, with modifications indicated by an extra digit, see List of AvtoVAZ vehicles. The longest-living model was VAZ-2105 (1979-2010).
The brand name was officially abandoned by the plant in the mid-1990s.
https://en.wikipedia.org/wiki/Zhiguli_(car_brand)
|
|
|
|
|
|
|
|
malang tak berbau..
sekejap je bapa dia
tinggalkan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak2 jaga mcmni.. anak 2 thn biar main sorang2 kat luar |
|
|
|
|
|
|
| |
|