View: 5520|Reply: 24
|
Pun Boleh! Penduduk Taman Hampar Tikar Depan Rumah, Ber'Potluck' Sempena Iftar
[Copy link]
|
|
Saat berbuka puasa merupakan saat paling ditunggu setiap umat Islam di bulan Ramadan. Lebih meriah, kalau berbuka beramai-ramai bersama sahabat handai dan ahli keluarga.
Bila lagi nak berkumpul sanak saudara kalau bukan hari keramaian dan majlis-majlis tertentu kan?
Lain pula dengan penduduk di Kawasan Taman Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) Anggerik 2 Felda Pasoh 1 apabila menganjurkan majlis berbuka yang unik!
Tiada khemah, katering seperti kenduri dan hanya beralaskan tikar. Penduduk taman tersebut telah berbuka beramai-ramai di hadapan rumah masing-masing.
Macam picnic!
Menurut wakil penduduk taman tersebut, Encik Mohd Tarmizi, aktiviti itu dijalankan setelah dua hari berbincang dalam menjayakannya. Ia berjalan lancar dan meriah apabila setiap penduduk memberi kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi.
Sepanjang berlangsung, penduduk membentangkan tikar di hadapan rumah masing masing dan membawa makanan untuk ber'potluck'. AKtiviti itu ternyata berjaya mengeratkan lagi sillaturrahim antara jiran tetangga.
Memandangkan unit kediaman di taman tersebut tidaklah terlalu banyak, aktiviti tersebut mungkin akan diteruskan pada lain hari dalam usaha mengimarahkan lagi bulan Ramadan dan menimbulkan keseronokan menyambutnya.
Menarik juga idea ini kan? Mungkin boleh diusulkan kepada Jawatankuasa penduduk taman anda! Tapi, berhati-hati kerana takut kemeriahan berbuka berganti dengan tragedi pula! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhhh!
Saya tumpang gembira! Rasa nak pindah ke taman ni sekarang juga {:love
Menarik idea! Lagi meriah kalau ada penduduk agama lain dijemput sekali!
Semoga raya nanti dorang buat majlis macam ni juga! Mesti tambah meriah {:good |
|
|
|
|
|
|
|
harmoninya. kebanyakan org skrg malas dah nak bercampur jiran dek kesibukan and kepenatan and malas nk membawang2.
klu camnie yg paling sonok budak2 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
maghrib2 bukan ke kena duduk dlm rumah?
|
|
|
|
|
|
|
|
macam best pulak buat gini especially kat rumah taman. nak jemput semua berbuka kat rumah x muat, bentang saprah depan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting ada yang rajin nak mengelolakannya tak mengapa. Jangan hanya jenis datang bawak perut je tampa sama2 membantu menjayakanya sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
ahah..aku pon nak tanya soalan yang sama..tapi memikirkan bulan posa syaiton takde, bolehlah kot..ahha ntahla..
|
|
|
|
|
|
|
|
kt tmpt aku ni.. kitorg mmg plan awl da sblum puasa nk buat mcm ni. tp taman ni buat dulu. esok turn kami pulak... excited sgt. nk msk ayam ala kene rogers {:run |
|
|
|
|
|
|
|
punyalah depan tu padang atas jalan raya menghalang laluan juga kau bentang tikar. bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
pinkpunk: maghrib2 bukan ke kena duduk dlm rumah?
Bulan puasa sis vokuru kena ikat, xpe maghrib kt luar |
|
|
|
|
|
|
|
bagus mcm ni, blh kenal jiran2 dgn lebih rapat |
|
|
|
|
|
|
|
seronoklah jiran sepakat..bukan ari2 dpt jumpakan.
ni berbuka bersama bole tanya2 kabar kenal2 mana2
jiran yg jarang jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
ee! bestnye! its like kampung punye suasana. ala..best! |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknyaaa.. harmoni sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Best. Nak juga rasa. Kat Khartoum, Sudan orang ramai buka puasa sambil piknik kat taman. Penuh taman dgn orang. Banyak aktiviti bermula lewat petang sebab siang hari panas sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus utk kekalkan silaturrahim antara penduduk... |
|
|
|
|
|
|
|
Taman kami dah lama buat berbuka picnic mcm ni kelolaan lorong masing2. Dan ada juga majlis berbuka satu taman di dataran kami beralaskan tikar sejak 2010 lagi. Kiranya tiap minggu memang ada majlis berbuka lepak gini. Lelaki solat jemaah atas tikar. Kami perempuan lari2 masuk rumah utk solat. Semuanya atas dasar gotong royong & ianya memang dapat mengeratkan lagi semangat kejiranan kami. Cubalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
encikWawad replied at 17-5-2019 06:41 AM
punyalah depan tu padang atas jalan raya menghalang laluan juga kau bentang tikar. bodoh
Itu jalan kawasan perumahan la bodoh.
Of course semua penduduk kat situ dah tahu xtvt ni.
Kejadahnya orang nak lalu dekat situ.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|