Kredit foto: IG Truna by Propaganda
Antara baju Melayu tradisional dan moden, yang mana menjadi pilihan ramai?
Dalam beberapa hari ini, mata kita selalu disajikan dengan lambakan rekaan baju Melayu yang telah dimodenkan. Selepas baju Melayu K-Pop dan baju Melayu Thor, muncul pula rekaan baju Melayu berenda.
BACA: Berhenti Rosakkan Warisan! Bila Semua Nak 'Dihipsterkan', Habis Cacat Baju Melayu K-Pop
BACA: Baju Melayu Erry Putra Ada Mantel 'Thor' Boleh Jadi Sejadah, On Tak On Buat Beraya?
Menerusi laman Instagram jenama fesyen tempatan Truna by Propaganda, mereka menawarkan koleksi baju Melayu siap dengan renda di bahagian bawah baju.
Baju itu direka dalam beberapa corak berbeza dengan variasi rona warna fabrik.
Berdasarkan kapsyen di IG mereka, koleksi itu boleh didapati di platform beli-belah dalam talian Lazada, Zalora dan Shopee. Malah, koleksi itu dipercayai mendapat permintaan tinggi. Cuba lihat antara koleksi berikut!
Persoalannya, mengapa tiada sebaran komen ditinggalkan di laman IG mereka? - CARI
|