View: 2154|Reply: 5
|
Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka? Senang Je, Dapatkan Idea Daripada 3 Aplika
[Copy link]
|
|
Bagi kaum wanita terutamanya yang bergelar isteri dan ibu, tugas memasak adalah mudah. Namun, yang menjadi susah adalah pemilihan menu untuk dimasak, kan?
Foto: Video Blocks
Terutamanya pada bulan Ramadan. Kaum ibu akan menjadi risau tentang menu sahur dan berbuka apa yang akan meningkatkan selera anak-anak supaya mereka kuat untuk berpuasa keesokan harinya.
Jangan risau. Terdapat beberapa aplikasi yang akan memudahkan anda membuat pilihan menu dan memberikan idea kepada anda untuk jamuan berbuka.
1. Tasty
Dengan menggunakan aplikasi Tasty, tak perlu lagi risau tentang hidangan menu utama dan pencuci mulut. Semuanya ada disediakan resipi untuk anda. Bukan setakat manual bertulis, anda juga boleh belajar daripada video. Mudah, kan? Dengan langkah demi langkah, pastinya kadar peratusan untuk berjaya menyediakan menu seperti yang diberi berjaya adalah tinggi.
2. Yummly Recipes & Shopping List
Risau tak tahu nak beli apa untuk menyediakan bahan? Risau dengan kandungan kalori setiap hidangan? Tak perlu pening-pening. Aplikasi ini bukan sahaja memberikan anda resipi dan cara penyediaan sahaja, tetapi turut menyediakan jumlah kalori pada setiap hidangan. Kalau anda pentingkan kesihatan dan sentiasa mengira kalori di setiap hidangan, aplikasi ini adalah yang terbaik untuk anda.
3. Cookpad
Bukan sahaja boleh melihat resipi yang dikongsikan di sini, malah anda juga boleh berkongsi resipi dan tip masakan. Kalau anda ada tip dan trick yang baik, kenapa perlu disimpan, kan? Ada baiknya berkongsi di sini. Cookpad adalah platform paling sesuai untuk anda menonjolkan bakat serta kreativiti dalam bidang masakan. Seronoknya!
Dengan tiga aplikasi ini, pastinya anda boleh menyediakan menu menarik termasuklah hidangan pencuci mulut kepada keluarga. Untuk yang baru belajar memasak pun boleh, belajar sahaja daripada aplikasi ini. Mudah, zaman sekarang semuanya di hujung jari. Tak perlu bersusah payah mendaftar ke kelas masakan. Selamat mencuba! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Resipi mat saleh ke. Tekak i kurang sikit. Kalau sometimes boleh lah. T |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x tau lagi nak masak ape, x tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Resipi2 dia omputeh ke melayu nye? Nanti nak tengok la apps nih |
|
|
|
|
|
|
|
tasty tu mmg bagus sngt.
koleksi video pun pendek2 n cepat. so xada la buang masa sngt dengar tukang masak membebel cam cef wan tuh.
banyk pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|