CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2548|Reply: 5

Selamatkan 10 Hari Terakhir Ramadan, Ini Tip Elak Pahala 'Bocor' Di Bazar..

[Copy link]
Post time 27-5-2019 12:21 PM | Show all posts |Read mode




Umat Islam sudah memasuki fasa paling di nanti bulan Ramadan iaitu 10 hari-hari terakhir yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai salah satu malam dalamnya yang amat bermakna iaitu Lailatul Qadar. Mari kita jadikan hari-hari terakhir ini sebagai pemangkin untuk merubah tabiat dan sikap. Jika 20 hari sebelum ini kita mudah tunduk kepada desakan nafsu selera, masih belum terlambat untuk kita mendidik hati terutama bila berhadapan dengan godaan bazar Ramadan.
Tidak semua orang boleh menyediakan juadah sendiri di rumah, ada antara kita yang bergantung kepada bazar untuk mendapatkan makanan. Cubalah 5 tip ini yang mungkin boleh menyelamatkan pahala puasa, kesihatan dan poket kita.
1. Satu gerai pada satu masa
Semua orang setuju pilihan makanan terlalu banyak ditawarkan oleh pelbagai gerai dalam satu-satu pasar Ramadam atau Param. Tapi jangan cepat gelabah, kita ada banyak hari dalam bulan Ramadan untuk dilalui. Cuba kawal diri dengan memilih satu atau beberapa jenis makanan dan gerai sahaja setiap hari. Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan ketelitian.







2. Awasi bajet anda

Jangan bawa satu dompet ke pasar. Ingat, cuba bawa wang yang tidak banyak dan tidak juga sedikit. Contohnya bawa RM10 dalam dompet untuk dibelanjakan dalam satu hari.





3. Cuba lakukan "workout" ketika berkunjung

Apa yang dimaksudkan "workout " di sini ialah aktiviti berjalan. Caranya, berjalan menempuh bazar Ramadhan dari permulaan gerai hingga ke gerai paling akhir. Buat keputusan membeli apabila anda tamat menempuh setiap gerai. Tahu tak, walaupun berjalan secara iseng-iseng saja anda sudah boleh membakar sehingga 1000 kalori.


4. Jangan asyik melantak, dengar apa tubuh kita mahu 'katakan'
Selain menjamu tekak, kita kena juga menjaga kemaslahatan perut. Makanlah secara perlahan ketika berbuka puasa. Jangan gelojoh, nikmati setiap suapan dan kunyahan makanan yang diambil. Apabila sudah berasa kenyang, berhentilah makan atau habiskan makanan yang masih bersisa di pinggan. Jangan tambah nasi pula. Ambil makanan kudapan selepas makan berat hanya jika perut berasa lapar.

Kredit: Getty Image


5. Makanan manis terbaik sebaik berbuka puasa
Kita memang disunatkan memulakan makanan berbuka dengan buah kurma yang manis dan mengandung tinggi zat karbohidrat. Kuih-kuih manis seperti kuih lapis dan seri muka juga sangat sesuai diambil ketika berbuka. Makan secara beringat, kita harus sedar pengambilan gula adalah bertujuan untuk mengembalikan aras glukos dalam darah kita kembali normal.
Lazimnya kita akan kehilangan berat badan ketika menjalani ibadah berpuasa tapi tidak kurang juga ramai yang tambah berat badan. Bagaimana caranya supaya tidak bertambah gebu badan? Caranya, cuba makan secara sederhana dan jangan lupa lakukan aktiviti fizikal yang tidak keterlaluan dan cubalah patuh tip di atas. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenkiu atas info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 01:16 PM | Show all posts
Sama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mhl mknn kt bazar tu so cmno
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi beriyani ayam dah rm10..
Air rm3 yang plastik
Belum lain2..
Kalau beli lauk secoet daging dah rm6
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:22 PM | Show all posts
masak sendiri la.
kalau ank dah berderet xpyh bawa g baazar.
jap lagi duit mengalir deras.

kalau terigin sgt2 beli mana yg ptut ja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049261 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list