CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3023|Reply: 12

Anjing 'Merengek' Ketakutan Apabila Tahu Dirinya Akan Ditidurkan

[Copy link]
Post time 30-5-2019 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Video yang dirakam sukarelawan dan dimuat naik ke Facebook oleh aktivis haiwan, Andrew Weprin menunjukkan anak anjing pit bull yang diheret sebelum anjing itu akan ditidurkan, sementara anjing lain di belakang menyalak dengan kuat.


Pusat  perlindungan haiwan itu mempertahankan perbuatan mereka dengan mengatakan anjing yang diberi nama Maverick dibawa ke tempat perlindungan oleh NYPD pada 25 April atas perintah keluarga Bronxnya setelah didakwa menggigit pemiliknya.


Setelah berada di tempat perlindungan, pekerja berkata Maverick menunjukkan sikap agresif yang membawa kepada keputusan untuk menidurkannnya.





Foto: NYPost


"Dalam kes Maverick, ia adalah risiko serius kepada orang ramai dan tidak boleh dijangkakan selain anjing seperti itu tidak boleh diuruskan dalam persekitaran rumah atau tempat perlindungan haiwan kerana membahayakan keselamatan orang sekeliling," kata wakil dari pusat itu yang terpaksa mengambil kira keselamatan awam.


Sumber lain pula mengatakan apabila Maverick diambil oleh polis di rumahnya, anjing itu kelihatan jinak ketika dibawa masuk ke bahagian belakang kereta polis dan senyap sepanjang perjalanan ke tempat perlindungan.


Ahli keluarganya yang membawa Maverick kepada polis mengatakan bapanya adalah satu-satunya yang mempunyai masalah dengan anjing itu kerana dia telah digigit olehnya.


Beberapa aktivis haiwan yang marah berkongsi video saat akhir Maverick dengan harapan ia akan mengubah undang-undang untuk menjadikan tempat perlindungan sebagai tempat "tidak membunuh" sekaligus menamatkan amalan euthanasia.







Pusat ini telah dikecam pada masa lalu di atas senarai pembunuhan haiwan di mana ia hanya memberi masa 18 jam untuk
haiwan tersebut dijadikan anak angkat atau haiwan peliharaan. Jika tiada yang menuntutnya, haiwan tersebut akan ditidurkan.


Pusat ini juga sedang disiasat oleh Peguam Negara New York, yang mempersoalkan kenapa puluhan anjing dan kucing ditidurkan
hanya setelah beberapa hari mereka menjalani pembedahan yang menyakitkan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde cara ke untuk menjinakkan anjing supaya x gigit org? Jgn quick solution dgn membunuh haiwan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun{:spot
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 12:11 PM | Show all posts
Kalau dihantar kepada yang pakar pasti mereka dapat merubah sikap anjing tu.  Haiwan ni pun ada perasaan mereka pun boleh tahu kalau mereka akan dibunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah. Pitbull. Taraguna punya spesies
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2019 01:04 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 30-5-2019 12:11 PM
Kalau dihantar kepada yang pakar pasti mereka dapat merubah sikap anjing tu.  Haiwan ni pun ada pera ...

betul kalau ada expert dalam animal psychology mungkin boleh bantu behavioral anjing tuhh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mcm ni lah khidmat incik Ceasar Milan amat diperlukan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 02:42 PM | Show all posts
kesian

binatang pun ada hak utk hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 05:47 PM | Show all posts
kalau apa apa hal korang jgn hntar kucing ke klinik swasta
buat rugi je... solusi paling mudah tidurkan at the same time untung caj tinggi.
hantar je ke klinik haiwan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 07:48 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-5-2019 11:11 PM
Kalau dihantar kepada yang pakar pasti mereka dapat merubah sikap anjing tu.  Haiwan ni pun ada pera ...

Well bergantung.

Me bela Sekor husky yang memang kami juga selamatkan
Dari di tidur.. Anjing dah tua juga dalam 8
Tahun usia.. So Mungkin juga faktor.

Susah nak ubah perangai...
Kekadang buat me meluat betul..

Tapi satu confirm, anjing ni cam takut kami tinggalkan..
Bawa pergi dog park pun tak memain sangat, cam takut
Kami lari tinggalkan dia... So jenis mengekor aje...

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sanggup tengok video..tapi kadang tu anjing memang takut gi ke vet.. mungkin dia takut vet generally kot.. bukan sebab dia tau dia akan ditidurkan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 10:55 AM | Show all posts
sedihnyaa... igtkan ditidurkan tu cam kasi ubat tidur kejap rupanya tidur selamanya

mana dog whisperer?? maybe boleh tlg jinakkan Maverick
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucen iols mmg cukup baik bila bawa pegi vet. Makan ubat senang, potong kuku senang. Balik rumah ya ampun nakal.
Nak melatih dan mendidik mereka ni mmg perlu kesabaran dan kegigihan yg tinggi. Kadang tu boleh tau lapar ke takut ke marah ke.
Tapi tu la. Kat sini ruang n masa terhad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057265 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list