Kredit foto: Google/IG mStar
'Budak baru nak up' zaman sekarang bercinta mengalahkan orang dewasa. Sering kali melihat perkongsian mereka di laman sosial yang mana masing-masing cuba memperlihatkan siapa paling romantis.
Terbaru, mStar Online menerusi Instagramnya berkongsi video tular seorang gadis mengongoi menangis kononnya merindukan teman lelaki.
Nampaknya, video itu turut menarik perhatian pelakon Amyza Aznan yang menyifatkan gadis terbabit terdesak meraih perhatian warganet.
Pun begitu, segelintir netizen tidak bersetuju dengan komen ditinggalkan Amyza yang disifatkan terlalu melebihkan komen negatif. Namun, kritikan mereka ditempelak Amyza yang kemudian dipersetujui pengguna lain.
Kredit foto: IG mStar
Aduhai dik, jangan kerana terlalu mengikut perasaan dan nafsu untuk meraih perhatian dunia, kelak tak tertanggung memikul beban malu. - CARI
|