Bergelar lagenda dalam industri hiburan bukan perkara mudah untuk digalas kerana setiap gerak geri sering saja diperhatikan oleh peminat. Siapa tidak kenal dengan penyanyi Datuk M Nasir yang masih lagi aktif dalam bidang nyanyian dan penghasilan karya seni di Malaysia.
Baru-baru ini, beliau telah dijemput dalam sebuah program wawancara TV iaitu program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Datuk M Nasir sering dilihat sebagai seorang yang serius namun dalam program tersebut, beliau tampil bersahaja dan rupa-rupanya pandai berjenaka. Tak sangka pula ya!
Otai masih berbisa
Datuk M nasir yang kini mencecah umur 62 tahun pada tahun ini kelihatan segak mengenakan baju melayu dalam program Meletop. Pengacara Neelofa dan Nabil tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan berkaitan sambutan hari raya yang diamalkan setiap tahun.
Tanya sepatah, jawab sepatah
Ketika ditanyakan mengenai juadah kegemaran beliau ketika raya, Datuk M Nasir menjawab ketupat namun Nabil bertanyakan lagi dengan lebih spesifik mengenai makanan kegemarannya. Mimik muka dan jawapan bersahaja yang diberikan beliau ternyata mencuit hati penonton dan menghiburkan.
Datuk M Nasir juga tidak segan silu membahan Nabil sepanjang rancangan tersebut. Kelakar habis!
"Apa kenangan paling pahit sepanjang karier Datuk?"
Bila Nabil buat sesuatu yang tak kelakar..- M Nasir
Reaksi dan gelagat beliau ternyata menghiburkan netizen yang menonton rancangan tersebut. Korang tengoklah sendiri!
Macam kena soal siasat
Orang sastera, kurang bercakap tapi lebih berfikir dan berkarya
Di akhir rancangan, Datuk M Nasir juga telah mendendangkan lagu 'legend' di hari raya iaitu Suatu Hari di Hari Raya. Ternyata, otai masih berbisa. -CARI
|