Air minuman jenama Starfresh yang diimport dari Malaysia dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa. Kredit foto: SFA
Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan air minuman botol jenama Starfresh yang diimport dari Malaysia ditarik balik dari pasaran di republik itu.
Memetik kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook agensi berkenaan pada 12 Jun, produk itu dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa semasa pensampelan rutin dilakukan.
Pseudomonas aeruginosa hidup dalam persekitaran berairi. Kredit foto: Infectious Diseases Hub
Pseudomonas aeruginosa merupakan bakteria persekitaran biasa yang boleh ditemukan dalam najis, tanah, air dan kumbahan.
Ia boleh membiak di dalam persekitaran berair dan juga di atas permukaan bahan organik bersesuaian yang bersentuhan dengan air.
"enggunaan atau pengambilan produk yang dicemari oleh Pseudomonas aeruginosa boleh mengakibatkan berlaku jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius terhadap individu yang sihat.
"Orang ramai yang telah membeli produk berkenaan dinasihatkan agar tidak meminumnya manakala mereka yang telah meminumnya dan bimbang dengan kesihatan mereka perlu mendapatkan nasihat perubatan," jelas SFA.
SFA juga telah mengarahkan syarikat Radha Exports Pte Ltd yang mengimport produk tersebut untuk menarik kesemuanya dari pasaran Singapura.
Mengandungi Bakteria, Singapura Tarik Balik Jualan Air Minuman Dari Malaysia, Foto: Asia One
Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, paru-paru, tisu lembut, tulang dan sendi serta sepsis dan endokarditis.
Kementerian Kesihatan sewajarnya menjalankan pensampelan terhadap air minuman dibotolkan jenama Starfresh sekiranya produk itu dijual di Malaysia. - CARI |