Keluarga Muhammad Haziq Abdul Aziz membuat laporan polis selepas rumah mereka di Kuching, Sarawak 'dipecah masuk' lima lelaki petang semalam, lapor The Star.
Kredit foto: FB Haziq Aziz
Dalam laporannya, bapa kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu berkata, kumpulan lelaki terbabit mendakwa diri mereka merupakan anggota polis dari Bukit Aman.
Susulan kejadian, bapa Haziq, Abdul Aziz Ibrahim melaporkan kejadian di Ibu pejabat Polis Daerah Kuching jam 1 pagi tadi berikutan rasa curiga terhadap tingkah laku kumpulan individu terbabit yang mengarahkannya menandatangani satu borang tanpa memeriksa terlebih dahulu.
"Saya berasa curiga dengan tindakan mereka dan bersetuju dengan permintaan mereka untuk menandatangani borang berkenaan tanpa membuat pemeriksaan," katanya.
Sebelum ini, Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu memuat naik gambar laporan polis di Facebook bagi menyangkal segala tohmahan dilemparkan terhadapnya.
Kredit foto: FB Haziq Aziz
Kredit foto: FB Haziq Aziz
Terdahulu, Haziq membuat pengakuan bersumpah mendakwa individu dalam video intim bersama lelaki mirip seorang menteri kanan kabinet adalah dirinya. - CARI |