|
Pelakon serba boleh Nabila Huda Binti Suhaimi atau yang dikenali sebagai Abil semalam menitip ucapan khas sempena sambutan Hari Bapa untuk bapa kesayangannya, Suhaimi atau lebih terkenal dengan nama pentasnya, Amy Search. Ucapan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ramai yang rata-ratanya sebak dan berharap hubungan anak-beranak itu kembali pulih.
Beberapa jam lalu, ibu tiri Abil, Norhasniza Hassan pula memuat naik status berhubung sambutan Hari Bapa dan sekaligus menyebabkan Abil terkesan dan merasakan ibu tirinya itu seolah memerlinya.
Walaupun Rockers tapi tak sambut Hari Bapa atau Hari Ibu..
Menurut Hasniza yang menggunakan nama Qasander di akaun Instagram, walaupun suaminya Amy Search merupakan seorang 'rockers', dia tidak menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa kerana baginya sambutan itu tidak sesuai untuk orang Islam.
Status isteri kepada Amy Search itu membuat Abil berang kerana ianya seolah memerlinya dan sebagai reaksi kepada ucapan Hari Bapa yang ditujukan olehnya kepada Amy Search terlebih dahulu.
Kredit foto : Ig Nabila Huda
Punca kepada hubungan dingin Amy Search dan Abil..
Luah Abil, ibu tirinya itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana sebagai anak, Abil berhak untuk membuat ucapan kepada ayah kandungnya itu.
Banyak drama, rasa 'insecure'..
Kredit foto : Ig Nabila Huda
Abil turut meluahkan rasa sedihnya kerana pada mulanya dia hanya mahu memberikan ucapan manis buat ayahanda tercinta namun ibu tirinya pula memberi reaksi yang mengecewakan.
Kredit foto: Ig Nabila Huda
kredit foto : Ig Nabila Huda
Bagaimanapun, Hasniza sudah pun mengubah ayat pada postingnya yang terdahulu dan telah menutup ruangan komen.
Kredit foto : Ig Hasniza
Dalam pada itu, rata-rata rakan artis turut memberi sokongan moral kepada Abil dan meminta dia untuk terus kuat dan bersabar.
Kredit foto : Ig Nabila Huda
Alahai kesian Abil. Apa pun sama-sama kita doakan dan berharap agar hubungan kekeluargaan mereka kembali pulih. Be strong, Abil! -CARI
|
|