View: 2389|Reply: 12
|
Anak Sulung Sering Dapat Layanan Lebih Dari Yang Lain? Ciri-Ciri Mereka Mungkin
[Copy link]
|
|
Kenapa anak sulung lebih mendapat layanan dari adik beradik yang lain ya?
Iya lah, mereka yang menjadi penghuni pertama dari rahim si ibu. Sayangnya si ibu dan si bapa lebih dari segalanya. Tapi ada beberapa kriteria si sulung yang mungkin tiada pada adik-adik yang lain.
Kriteria mereka mungkin ada yang sama dengan anak-anak anda?
1) Lebih Penyayang
Mereka kerap mencium-cium anda lebih dari adik-adik yang lain. Kadang-kadang kita pun naik rimas.
2) Sifat Bertanggungjawab
Sifat semulajadi ini hadir selepas mereka mempunyai adik. Anak sulung akan tersentuh jika ada adik-adik mereka dibuli atau dilukai oleh orang lain.
3) Pandai Memujuk
Kalau ada adik-adik yang merajuk atau ibu baru nak marah,cepat-cepat datang pujuk atau redakan keadaan.
4) Periang
Ada sahaja aktiviti mereka yang mendorong adik-adik untuk ikut bersama.
5) Cerdik dan Bijak
Mungkin semasa ibu mengandung, anak sulung mendapat lebih vitamin dari pemakanan ibu yang teliti menjaga pemakanan. IQ anak sulung selalunya lebih tinggi dari adik-adik yang lain.
Ini mungkin hanya pendapat sahaja, tetapi kadang kala anak sulung mendapat lebih perhatian dari adik beradik yang lain kerana ciri-ciri di atas.
Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa tak boleh membezakan mereka semua, nanti ada yang berkecil hati dan menyimpan perasaan. Hargailah anak-anak kita semasa kecil,kerana masa mereka terlalu singkat untuk kita tatang bagai minyak yang penuh ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Semua betul!
Cuma akak nak tambah, anak sulung selalu nenek atok yang jaga sebab ibu bapa tak habis lagi berbulan madu |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut didikan keluarga juga kalau dia dari keluarga yang kurang mendidik mungkin tak masuk senarai tu |
|
|
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 21-6-2019 05:38 PM
Semua betul!
Cuma akak nak tambah, anak sulung selalu nenek atok yang jaga sebab ibu bapa tak ha ...
Terkenang pengalaman iols.. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Duhai Sayang, Penghuni Pertama Rahim Ibu..
Ingat lagi masa mula-mula doktor cakap ujian urin positif? Indahnya rasa. Nikmatnya rasa. Dia punya excited, Allah saja yang tahu. Dulu siap buat satu travel log. 1st kick, 1st scan, 3D 4D dan segalanya lah.
Dan sehingga tibanya si adik. Anak sulung tadi seakan dipaksa untuk membesar, memahami segala yang orang dewasa fahami, selesaikan masalah, kawal emosi sendiri, and the list goes on sedangkan masa tu dia baru berumur 2 tahun, setahun, setahun setengah.
Kakak kan dah besar. Abang kan dah ada adik. Seems familiar? Standard ayat nak salahkan si sulung, right away kalau adik tetiba nangis. Kadang-kadang memang adik yang kacau kakak, tapi sebab adik yang kecil, kakak lah yang tanggung beban tu.
Duhai sayang, penghuni pertama rahim ibu.. Kadang-kadang ibu terlupa kamu masih kecil, ibu marah suruh kamu bersabar sedangkan ibu sendiri tak sabar. Ibu mahu kamu fahami diri ibu, kesibukan ibu, kerja ibu.
Tapi sebenarnya ibu yang tak faham kesunyian kamu bila ibu bekerja, kesedihan kamu bila ibu lebih fokus pada adik-adik, kekecewaan kamu bila ibu acuh tak acuh dengar cerita kamu di tadika.
Tetapi seteruk mana pun ibu lakukan pada kamu, dalam sekelip mata kamu tetap boleh kembali tersenyum macam tak ada apa yang berlaku, kamu masih punya cerita yang banyak, kamu masih punya cinta yang sarat untuk ibu walaupun kadang-kadang cinta kamu itu tak terbalas oleh ibu.
Terlalu Banyak Hutang Ibu Pada Kamu
Kerap ibu rasakan ibu dan ayah lah yang akan membuatkan kamu bahagia, gembira, tapi ternyata kamu dan adik-adik yang selalu menghilangkan rasa gundah dan lelah di hati ibu setiap kali ibu tatap wajah tak berdosa kalian.
Perjalanan hidup ini sukar. Terlalu banyak hutang ibu pada kamu dan adik-adik. Terlalu banyak pengorbanan kamu untuk ibu dan ayah. Kamu korbankan emosi kamu bila ibu tak punya banyak masa untuk kamu berbanding adik-adik.
Bila ibu jadikan kamu sasaran untuk lepaskan marah kerana kamu dah ‘besar’.. Sedangkan bila nama kamu disebut-sebut kerana kejayaan kamu dalam pelajaran, ibu baru tersedar betapa tidak bersyukurnya ibu kepada Dia.
Sayangku Anak Sulung Ibu..
Maafkan segala khilaf ibu dan ayah dalam membesarkan kamu. Maafkan ibu, ibu dan ayah hanya manusia biasa yang selalu terlupa bahawa kamu suatu masa dahulu pernah menjadi kecil seperti adik-adik mu.
Ibu dan ayah selalu terlupa untuk kembali mengucup dan memelukmu sehangat kucupan dan pelukan yang ibu berikan buat adikmu.
Maafkan ibu, kerana ibu tahu selepas ini ibu akan terus menerus lakukan kesalahan lagi.
Buat adik-adik, janganlah dilupakan jasa dan pengorbanan si sulung itu. Kerana pengorbanan mereka sepanjang kita membesar tidak kurang hebatnya berbanding pengorbanan ibu dan ayah kita.
Buat anak sulung ibu dan anak sulung yang lain, semoga kalian sentiasa dirahmati Allah, semoga Allah jua yang membalas jasa kalian, pengorbanan kalian dan kasih sayang kalian kepada adik-adik.
kredit :Fb Puan NurulAa Mustofa |
|
|
|
|
|
|
|
Huh.. Untung la adik2 klu dpt sulung mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung bertanggungjawab..adik2 akan lebih hormat
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung kena jd penanda aras kpd adik beradik lain mencontohi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung tokwan dgn maktok bagi perhatian lebih bila anak kedua muncul sbb dorang kata kesian |
|
|
|
|
|
|
|
biasa yg sulung ni memang berdikari..lagi2 kalu mak pak susah ;( |
|
|
|
|
|
|
|
anak sulung lebih bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
| |
|