CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4861|Reply: 32

[Tempatan] Dngn OKU pun Nak Jeles - OKU Mati Dibeduk

[Copy link]
Post time 24-6-2019 04:44 AM | Show all posts |Read mode


KAMPUNG GAJAH: Cemburu dipercayai punca lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul hingga maut dengan kayu yang diletakkan paku di Jalan Kenanga 8, FELCRA Changkat Lada di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, yang juga duda anak tiga parah di beberapa anggota badan akibat dipukul seorang lelaki lain.
Difahamkan, sebelum itu mangsa bersama isteri suspek dikatakan keluar ke Teluk Intan untuk membeli barang dengan menaiki sebuah kereta pada kira-kira jam 12 tengah hari.
Suspek menahan kereta dipandu mangsa dan memecahkan tingkap kenderaan itu sebelum menarik lelaki OKU yang cacat kaki kiri itu keluar dan memukulnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.40 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan rumah suspek, namun lelaki berusia awal 40-an itu sudah tidak duduk bersama isterinya kerana mereka dalam proses perceraian sejak hampir setahun lalu.
“Ketika polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih memukul mangsa sebelum berjaya dileraikan polis.
“Suspek mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan mangsa dan kejadian dipercayai berpunca kerana cemburu hingga suspek memukul mangsa menggunakan kayu yang diletakkan paku.
“Kejadian itu berlaku di hadapan isteri suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang parah di seluruh badan akibat dipukul disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di situ.
Katanya, suspek yang tidak sempat melarikan diri ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu pmpn belum selesai cerai .jgnla dkt2 weii ..bole jadi bekas laki tu org gila..
Lainlah cerai mati
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dah setahun kot, gile punye jantan. ntah2 bewak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 07:45 AM | Show all posts
kerana perempuan yang dah tak hadap kau, kau jadi pembunuh, malangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
bau dan daging badan pompuan memang susah nak dilupakan, hanya laki jer yang tahu, sanggup berbunuh la kirenye, otak jadi singkat.. sebab lama air tersumbat..last last masuk penjara ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
karlnurani replied at 24-6-2019 08:25 AM
bau dan daging badan pompuan memang susah nak dilupakan, hanya laki jer yang tahu, sanggup berbunuh  ...

Wow first time i dengar ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tambah pulak servis katil meletop, nampak mata putih jer...jangan buat main.. penangan pompuan.. hilang akal jadinye pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 08:46 AM | Show all posts
dekat setahun dah nak cerai..

ni mesti laki biawak..bini dah tak hadap..dia xnak cerai juga...
pas2 ada hati nak cemburu..

sekarang setel..awak ke dalam..senang bini nak minta fasakh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 08:47 AM | Show all posts
Lah sia sia betul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:01 AM | Show all posts
tak memasal jadi pembunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa isteri suspek pergi kedai dgn lelaki OKU tu. Siapa sebenarnya lelaki oku tu.. pemandu teksi sapu @ grab @ jiran ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:21 AM | Show all posts
OKU apa lelaki ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki gila cekpit dan bingai berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Gini la cemburu jantan. Terus bunuh ja takdanya reti slow talk ka hapa dah.

Tapi urang selalu mengata seperti urang tino ja boleh gila sebab cemburu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dengar berita ni dalam radio pagi tadi. haihhh manusia semakin hilang akal. kot ye pun marah kenapa nak pukul dengan kayu yang berpaku? mmg niat nak bagi mati terus la ni

pemandu oku tu pulak siapa. boifren ke atau teksi sapu? kat kampung2 kan biasanya ada teksi sapu. lebih kurang fungsi mcm teksi/grab
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 12:08 PM | Show all posts

cacat kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 12:40 PM | Show all posts
Dah sampai jadi pembunuh lagi tambah masaalah yang sedia ada tak beringat terlalu ikutkan perasaan macam tu lah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 12:56 PM | Show all posts
302, ke tali gantung lah abang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:12 PM | Show all posts
kesian kat anak2 mangsa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ketali gantung jawabnya ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.489539 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list