Tiba di Sandakan tapi tak tahu nak makan apa dan di mana?
Old Hong Kong yangterletak di Batu 8, Sandakan merupakan pilihan yang mungkin anda cari.
Kedai ini terletak berdekatan dengan MU Superstore dan Servay Sandakan di Batu 8.
Penulis sering makan di kedai ini dengan buddy. Jadi menulis artikel ini untuk kongsi-kongsi.
Kopitiam ini nampak biasa, tetapi semua harga makanannya berpatutan, staf juga mesra dengan senyuman. Memang tempat yang patut dikunjungi.
Mangga Ais (Sumber foto: LSX)
Mangga yang manis dan banyak, dengan blended ais, gula kelapa dan susu cair. Enak sekali! Saya dan buddy saya memang peminat setia ais mangga kedai ini!
Lauk di bawah pernah penulis cuba. Semuanya sedap! (Banyak lagi yang belum lagi cuba)
Nasi Tofu (Sumber foto: LSX)
Tofu dengan daging ayam cincang dan cili padi. Enak! RM 6.00 saja!
Nasi Ayam Nam Heong (Sumber foto: LSX)
Ayam goreng dengan bawang besar, halia dan kuahnya yang pekat, memang sedap dimakan campur nasi! RM 6.50 saja!
Nasi Ayam Thai (Sumber foto: LSX)
Ayam goreng dengan timun, tomato, cili padi dan sos thai! Memang cukup rasa!
Berpatutan dengan harga RM 6.50 sepinggan
Memang berbaloi makan di sini. Aramaiti! #OldHongKongSandakan. - CARI
|