Salam korang. This is my first thread here. Saja nak ajak borak-borak pasal dialog Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terpahat kat memori korang.hehe. Saya selalu buat lawak dengan ayah saya bila ada situasi yang kena je dengan dialog P. Ramlee.
Contohnya: Nak "pow" husband belanja makan satu family. Husband mesti pening nak keluarkan duit banyak. Saya mesti balas kat ayah saya "hai demam lagi la Pak Aji aku" (dialog Labu Labi)
So, korang selalu tak guna ayat-ayat P.Ramlee untuk kehidupan seharian korang?Dalam apa-apa kes atau situasi.
madu tiga : ``butang baju aku mana pah? `` dialog yang selalu i guna pakai ketika mencari barang hilang . filem yg sama : siapa kata aku datang nak kutip hutang? aku datang nak repair atap bocor ( kalau tak silap lah) .. btw cik tt : madu tiga my all time favourite film ..
Adegan ketika Abdul Wahub (P Ramlee) nak makan malam sambil ditemani isterinya Qasidah dan Sadiq Sigaraga.
Sadiq: Sila duduk anakanda..sila makan..!
Abdul Wahub: Sila duduk adindaku Qasidah!
Qasidah: Tak boleh kanda..Dalam rumah ini ada undang-undang.
Kalau suami makan isteri mesti jadi pelayan.
Abdul Wahub: Pelayan? Ha..ini undang-undang sangat baik!
Ini mengurangkan queen control!Ha silakan duduk ayanhanda..
Sadiq: Oh ayanhanda tak boleh duduk!
Kalau anakanda makan ayahanda mesti jadi hakim!
Abdul Wahub: Hakim? Ini undang2 jugak baik sebab bapak mertua mesti hormat pd menantu.
Bapak mertua sudah tua dan tak lama lagi dia akan mati..
..dan menantu yang akan jaga rumah ini hehe..
Sadiq: Eh..dalam rumah ni semua orang tak makan..ambil bau saja.
Abdul Wahab: Ambil bau? Ini undang2 sangat bijak!Undang2 ini dinamakan ekonomi!
Hmm..sudah kenyang!Badan anakanda pun sudah letih dan nak masuk dlm berehat.
Selamat malam!
Qasidah: Kanda..menurut undang2 di rumah ini suami tak boleh tidur bersama-sama isteri.
Suami mesti tidur di kandang kuda!
Abdul Wahub: Ha..inilah undang2 yang terbesar sekali dari semua undang-undang!
Undang- undang ini dinamakan 'family planning'..Selamat malam..!
'siapa kata aku nak kutip sewa rumah? aku datang nak membetulkan rumah.. eh kau kerani apa ni, coba kau lihat bumbung tu bocor sana, bocor sini, sebab tu la yang org tua ni sakit, nasib baik dia tak mati. kalau dia mati sapa nak jaga anak dia? akuuuu jugak'
dalam kluarga aku.. klo ade sesape yang belanja makan.. lepas makan mesti "ucap terima kasih sama abang" cerita bujang lapok tak silap yang ramlee kene belanja girlfren baru siap pakej adik beradik tu.. takde pulak scene tu dalam youtube
lagi satu terima kasih boss!! Allah panjangkan umur bosss - cerita anak bapak yang pekerja dia dapat duit bos dia bagi nak buat kenduri.. yang ni