"Biasalah kerja gomen, minum pagi waktu kerja, lepas tu berlama-lama di kedai kopi, kerja tak jalan!"
Betul ke cakap-cakap orang mengenai sikap kakitangan kerajaan?
Ramai yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pernah berhadapan dengan situasi sama. Namun, jarang sekali ada pengakuan daripada pekerja dalaman itu sendiri seolah-olah masalah ini tidak pernah berlaku.
Bagaimanapun, satu Tweet yang dibuat oleh Pensyarah UiTM, Mazlina Mahali membuktikan sebaliknya. Beliau dengan tegas meminta budaya keluar minum pagi di pejabat kerajaan harus dihentikan serta merta. Ini kerana ketika beliau memerlukan bantuan staf, namun staf tersebut tiada dengan alasan keluar minum pagi.
Menyedihkan...
Tetapi sampai bila budaya ini harus berterusan?
Kredit foto: Twitter
Menurut pensyarah tersebut, waktu masuknya adalah 7.45pagi. Jika memerlukan untuk bersarapan terlebih dahulu, maka beliau akan ke 'pantry' untuk makan sebelum memulakan kerja. Tidak perlu pun keluar semata-mata untuk minum pagi kerana ia hanya akan membuang masa bekerja.
Kredit foto: Carian Internet
Luahannya terhadap staff sendiri membuatkan ramai warganet turut bersetuju dengan gesaan tersebut. Mereka juga mengalami masalah yang sama terutamanya ketika berhadapan dengan kakitangan kerajaan di bahagian khidmat pelanggan. Sedangkan kaunter inilah yang sepatutnya lebih efisien kerana berhadapan dengan pelanggan.
Kredit foto: Carian Internet
Nampaknya masalah ini bukan sahaja berlaku sekian lama tetapi ia masih berterusan walaupun kerajaan sudah bertukar tangan. Mengapakah ianya tidak dikekang oleh pihak atasan? Lebih teruk lagi apabila golongan ini membuat keputusan sendiri seperti mengehadkan jumlah pelanggan dengan alasan terlebih masa. Ada pula yang bersenang lenang keluar awal dari tempoh kerja untuk ke pusat beli belah. Malahan ada yang memerli apabila memberikan jawapan. Wajarkah pihak atasan membiarkan masalah yang sama terus berlaku?
Kredit foto: Carian Internet
Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan waktu minum pagi, cuma biarlah hanya terhad di dalam pejabat sahaja. Tidak perlu untuk keluar dari pejabat pun kerana ia menganggu kerja. Jadi, ia adalah masalah individu bukannya masalah pekerja kerajaan semata-mata.
Jadi, apa pendapat anda? Bagaimanakah untuk mengubah tabiat sebegini yang seolah-olah melekat di minda mereka sejak sekian lama? Perlukah dikuatkuasakan undang-undang supaya tidak lagi berlaku 'missing in action' ini? - CARI
|