View: 7836|Reply: 41
|
5 Sebab Mengapa Suami Orang Menjadi Dambaan Gadis Bujang!
[Copy link]
|
|
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sering kali kita membaca dan mendengar berita membabitkan penceraian dan skandal di dalam rumah tangga, baik selebriti mahupun orang biasa.
Isu yang sering kita baca adalah suami yang mempunyai skandal ataupun bercerai disebabkan pihak ketiga.
Bagaimana semua ini boleh terjadi? Mengapa jika sesuatu kes yang berlaku kebiasaannya melibatkan suami orang? Ini 5 sebab utama mengapa suami orang sering menjadi pilihan gadis bujang.
1. Lebih berduit dan stabil
Suami orang lebih berduit dan stabil berbanding lelaki bujang yang masih mencari duit dan baru berkerjaya. Lelaki bujang kebiasaannya perlu menyimpan duit untuk berkahwin dan berjimat untuk berbelanja, namun tidak bagi suami orang yang lebih stabil dan mempunyai duit simpanan yang banyak.
Jadi, wanita bujang tidak perlu pening lagi untuk memikirkan masalah kewangan di masa hadapan kelak. Penat-penat si isteri mengharungi susah senang bersama suami, macam itu saja suaminya dirampas. Jangan buat macam ni okey!
2. Lebih matang dan tenang
Kebiasaannya, lelaki yang sudah berkahwin lebih matang dan tenang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan kerana mereka sudah mempunyai banyak pengalaman bersama isteri.
Lelaki bujang pula ada yang cepat melatah dan kurang bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi, mungkin sebab inilah wanita bujang lebih selesa bersama suami orang. Lelaki bujang lepas ni kena menjadi lebih matang dan jangan cepat marah.
3. Bermulut manis
Lelaki bujang kebanyakannya lebih pemalu dan sukar untuk meluahkan perasaan berbanding para suami yang lebih bermulut manis dan lebih berpengalaman dalam mengambil hati wanita. Hati-hati, jangan tergoda pula!
4. Lebih mencabar
Bagi sesetengah wanita, bercinta dengan suami orang lebih mencabar jika dibandingkan dengan lelaki bujang. Bagi mereka, cinta yang banyak halangan dan cabaran itulah cinta sejati. Puih!
5. Lebih mudah digoda!
Inilah realiti dunia sebenar, lelaki yang sudah berkahwin tetapi dayus lebih mudah digoda berbanding lelaki bujang. Lelaki dayus ini kadangkala lebih sanggup untuk 'makan luar' daripada melayani isteri di sisi. Jangan pula korang menjadi mangsa.
Semua ini hanyalah kajian umum berdasarkan isu semasa yang terjadi di Malaysia. Namun, jangan pula kita mencari kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Kumbang bukan seekor okey! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
laki orang mudah menyerah dalam godaan because they have nothing else to lose. Kalau tak dapat, isokayy. Kalau dapat, it is a BONUS.
Bagi mereka yang nak berjinak2 dengan laki orang ni, pikir masak2 dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki orang ni ade keyakinan..dan pandai main |
|
|
|
|
|
|
|
Laki org ni berkeyakinan tgi dan pandai main. So xyah susah2 dh nk pk style ape nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki org kebanyakkan nya boroi. Heran jugak pompuan penyondol ni suka. Berduit pon masa nk upah romen je. Cuba jd bini no 2 dia baru tau sebenarnya dia sengkek. Siap ada yg biawak idup lg |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa gambar2 semua bertemakan Marvels Avengers ni...hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga aku dapat dua2 chris tu..arghhhh |
|
|
|
|
|
|
|
lagi hina dari najis manusia yang kacau rumah tangga orang ni
dah la kes tiap tahun meningkat
jantan betina sama naik miang nya |
|
|
|
|
|
|
|
mudah2an dijauhkan lah dr mereka2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, setakat ni iolss tak pernah lg minat dekat laki org. Mintak di jauhkan lah. Iolss mcm ada satu perasaan takut kalau dekat dgn laki org ni. Rasa tak selesa. Semoga di jauhkan, insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
tang mulut manis pandai mengayat tu ye..
tang berduit matang tu tak jugak..
biasa yang dok skandal ni bukan jenis berduit sangat pun..
tapi malas nak kata..
nak skandal nak kawin laki orang tu pilihan sendiri..
dah banyak jumpa yang mengata babi sundal itu ini, ujung-ujung dia pun mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Yes.ayat manisss...pastu acah caring sokmo.ai selalu jgk trsuka laki org.tp pndai2 la sedar diri.jgn la melayan kalau tau laki org.lantak la dia nak caring ke sweet ke,jgn tunjuk kita suka.lama2 dia pon bosan xjd la skendel |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik berdoa semoga dikurniakan dengan jodoh yang baik2 atau doa semoga bahtera rumahtangga kekal bahagia drpd dok mengata penyondol, babi, sundal, gatal, miang. jgn emo sgt, cuba ambil wudhu, tenangkan jiwa. nasihat je... |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah realiti dunia sebenar, lelaki yang sudah berkahwin tetapi dayus lebih mudah digoda berbanding lelaki bujang. Lelaki dayus ini kadangkala lebih sanggup untuk 'makan luar' daripada melayani isteri di sisi. Jangan pula korang menjadi mangsa
Macam tak kena perkataan dayus disitu...hmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
i elak bila laki org cuba nak dekat ngan i . nak share pengalaman buleh dak ? dulu i nie ada kawan ngan laki org nie , atas urusan jual beli perfume. so mmg akan selalu text lah kan , sebab nak beli perfume. sampai lah ada satu hari tu , i upstatus dan tujukan status to my soulmate . tetiba mamat nie reply siap dengan icon kenyit mata . bukan sekali dua ye , tapi setiap kali i upstatus , setiap kali tu lah dia reply.
i dah panas , i pun block no dia kat whatsapp sebanyak 2 kali . setiap kali dia mai ofis mesti dia akan stop and staring at for long time. ada ofis mate perasan dan cakap kat i . but i was lucky because he was one of my followers on ig . so i pun lah upload love quotes ( which is literally for my soulmate) dan mamat nie still lagi suka pandang -pandang i . 2 weeks ago , i upload satu status : kini ku telah menemukan kan mu , cinta yang selamatkan hidupku
. mamat nie terus tak tegur i dah . aman hidup i .
|
|
|
|
|
|
|
|
yang laki orang tu pun sedar2 la
sikit bila nak mengorat pompuan..
semua utang credit card dah settle?
utang rumah bulan2 dah bayau?
bayaran kereta ada tertunggak?
ada kirim duit untuk mak kat kampung?
pelajaran sekolah anak2 cemerlang?
anak bini cukup makan, pakai?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham aku reputz cari sekarang ni, siap ada puih dalam dalam penulisan dah kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Laki org ni mulut manis.. Pandai mengayat |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la.. nanti ko da bersalin dia carik pompuan lain pulak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|