CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20664|Reply: 164

Budak 12 tahun 3 kali rogol kanak-kanak 4 tahun yang diasuh ibunya

[Copy link]
Post time 2-7-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Budak 12 tahun merogol anak asuhan


BUDAK lelaki berusia 12 tahun ditahan polis, malam tadi, selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah.

Suspek yang juga murid tahun enam sebuah sekolah dipercayai sudah melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu.

Difahamkan, ibu suspek berusia 42 tahun tidak bekerja dan hanya mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun dari 6.30 pagi hingga 9 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia empat tahun sudah dihantar ke rumah ibu suspek sejak Oktober 2017 sehingga kini.

Katanya, kejadian itu terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya dan memberitahu suspek yang dipanggil sebagai abang membuka seluarnya dan memegang kemaluannya.

“Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa bagaimana suspek pegang, mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.

“Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kemaluan mangsa oleh objek tumpul.

“Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku,” katanya.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah....
Baru 12 tahun sipelaku..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
allahuakbar....
kasi potong abis patutnya time sunat dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya dengan persekitaran zaman anak2 skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:11 PM | Show all posts
menakutkan.. kesian sungguh kat mangsa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2019 01:12 PM | Show all posts
Easy access to porn la puncanya...Haihhhhh....Bnde di hujung jari....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:17 PM | Show all posts
allahhh ....trus berdenyut kepala baca

maknye pun sebok jaga anak org smpai xterpantau anak sndiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tula korang aku dah cakap....budak sekolah kena banned dari ada phone sendiri. Ni la jadi nya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:27 PM | Show all posts
tak lalu nak komen,, adoi  aku pon tgh stress ni
anak bujang tgh nak membesar, risau kalau salah pilih kawan
doa hari2 jer supaya hati dia ikut jalan yg lurus
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la...
Org 12 tahun busy nak upsr, ko masuk pusat pemulihan akhlak plak nnt
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:02 PM | Show all posts
ni yang lagi nak kata 'budak-budak apa la yang dorang tau'?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:09 PM | Show all posts
astaghfirullahhh... ada koyakan maksudnya memang pelaku tau apa nak buat, kat mana nak masuk, macam mana, etc.

jadi persoalan terbesar adalah camane dia boleh layan porn????????????? tak pantau hp?? and camana dia boleh masuk blocked pornsites?????
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:12 PM | Show all posts
aduhaiiiii.....stress nya dgn crita-crita mcm nie....kesiannya budak tu....br 4 tahun kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:16 PM | Show all posts
semoga keturunan kite semua dilindungi dr malapetaka mcm ni.. scarynyeee..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:16 PM | Show all posts
budak2 sekarang....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2019 02:24 PM | Show all posts
Yang pengasuh tu sampai 8 org anak asuhan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:29 PM | Show all posts
bayangkan macam mana dia duduk dalam lokup..sepanjang masa menangis..

padan muka, berani buat berani tanggung la..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:30 PM | Show all posts
Pengasuh bangang
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:41 PM | Show all posts
stress aku baca berita ni....

budak2 zaman la ni.. xboleh dah nak guna..budak apa tahu....
mereka semua dah advance...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 1.676440 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list