Sehebat mana pun seorang jurulatih haiwan, ada masanya haiwan tetap mengganas dan akhirnya memakan tuannya. Ini bukan pertama kali kita mendengar kes haiwan liar menyerang jurulatihnya sendiri. Apakan daya, sudah lumrah seekor karnivor.
Terkini, seorang penjinak harimau yang tersohor, Ettore Weber, 61 tahun, terkorban apabila diserang empat ekor harimau ketika sedang berlatih bagi pertunjukan sarkas di Itali.
Kredit foto: carian Google
Kejadian berlaku di Circo Orfei, salah sebuah sarkas yang terkenal di Itali. Pada waktu itu, Weber sedang melatih haiwan-haiwan itu apabila tiba-tiba seekor daripada mereka menerkam ke arah Weber, diikuti oleh tiga ekor harimau lain yang menyerbu ke arahnya.
Kredit foto: carian Google
Oleh yang demikian, Weber meninggal dunia di tempat kejadian. Harimau-harimau itu turut berlegar-legar dan bermain sekitar badan Weber selama setengah jam. Berikutan itu, pihak medik tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengeluarkan Weber dari sangkar itu.
Kredit foto: Nzherald
Weber disahkan mengalami kecederaan teruk pada tulang belakangnya. Kesemua harimau yang terlibat dengan pertunjukan sarkas itu dikurung oleh pihak polis.
Kejadian ini menimbulkan protes dalam kalangan kesatuan kebajikan haiwan yang mendesak agar penggunaan haiwan di dalam pertunjukan sarkas diharamkan. Haiwan liar seharusnya dibiarkan tinggal di habitat asalnya untuk memenuhi keperluan asasnya. - CARI |