Budaya kecam-mengecam sudah menjadi satu trend dalam setiap lapisan umur dan peringkat situasi dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila ada satu berita yang patut kita raikan dengan kebanggaan, golongan ini akan meninggalkan komen yang amat menyakitkan hati.
Mufarwa Farid, seorang peguam sivil dan jenayah yang juga seorang usahawan menerusi hantaran Facebooknya meluahkan kekecewaaan beliau mengenai sikap netizen usai berita mengenai Pro Wrester Nor Diana 'Phoenix' dimuat naik Harian Metro.
Menurut peguam muda ini, rata-rata komen adalah menyakitkan hati sedangkan berita berkaitan Nor Diana itu adalah sesuatu yang sepatutnya dibanggakan.
Paling terkenal, komen mengenai aurat.
Netizen cenderung menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada diri seseorang dan gagal melihat kebaikan lain yang ada pada individu terbabit.
Mesej berbaur lucah menjadi antara komen kegemaran. Ada sahaja komen berbaur lucah, malah memberi bayangan kepada perkara lain.
Komen seksis. Netizen juga turut mengecam apabila kaum wanita berjaya dalam bidang yang biasanya dimonopoli kaum Adam.
Menurut Mufarwa Farid lagi, berita kejayaan Nor Diana Phoenix ini sepatutnya dihargai kerana secara tidak langsung ia juga menjadi kebanggan negara. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Sikap seperti ini amat merugikan kerana kejayaan seperti ini tidak dihargai rakyat Malaysia sendiri.
Mufarwa Farid turut berkongsikan beberapa tangkap layar kecaman netizen.
Penulis berharap, janganlah kita cepat mengecam dan menghukum setiap keputusan dan cara orang lain menguruskan hidup mereka sebab kita tak tahu disebalik kejayaan serta kebahagiaan itu, tersimpan seribu kepayahan dan duka.
Kita patut didik hati supaya jadi bersih dan baik supaya apa saja yang kita nampak akan kelihatan baik dan indah saja. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. - CARI
|