Bila kali terakhir anda masuk perpustakaan? Atau bila terakhir anda membaca buku? Atau anda mahu menunggu 100 tahun lagi?
Jika hendak menunggu 100 tahun lagi, ada sebuah perpustakaan menanti anda. Dinamakan sebagai "rojek Perpustakaan Masa Depan", ia terletak di Oslo, Norway.
PERPUSTAKAAN MASA DEPAN 100 TAHUN LAGI
FOTO: GOOGLE
Sebenarnya, perpustakaan ini merupakan projek diasaskan Katie Paterson pada 2014. Dengan tujuan mengumpulkan hasil tulisan penulis terkenal dunia yang hanya akan diterbitkan pada 2114. Ia sebuah projek seni menggabungkan sastera dan alam sekitar.
Seribu batang pokok ditanam di Oslo, Norway untuk projek itu. Ia akan digunakan untuk menghasilkan kertas bagi menerbitkan cerita yang disumbangkan penulis terpilih. Maksudnya, 100 tahun akan ada 100 karya.
SERIBU POKOK DITANAM DI HUTAN UNTUK PROJEK PERPUSTAKAAN MASA DEPAN
FOTO: ATLAS OBSCURA
Cerita yang diterima pula adalah sumbangan daripada penulis terkenal dunia.
Syaratnya, cerita itu masih belum diterbitkan lagi. Jadi, tiada siapa yang tahu apa cerita yang ditulis. Bukan sebarang penulis boleh menyumbang, mereka perlu terima jemputan daripada jawatankuasa projek ini.
Setakat ini, lima penulis terkenal dunia sudah menyumbang. Mereka ialah Margaret Artwood, David Mitchell, Sjon, Elif Shafak dan Han Kang. Semua cerita penulis ini disimpan di dalam sebuah bilik kebal rahsia di Perpustakaan Awam Oslo, Norway dan hanya akan didedahkan pada 2114.
MARGARET ARTWOOD. FOTO: VARIETY
Kalau diberi peluang, siapakah penulis Malaysia yang anda mahu lihat menyimpan novel, puisi atau cerpen mereka di sini?
Atau mungkin juga tujuh sasterawan yang baru-baru ini menerima elaun RM5,000 sebulan boleh mencuba? - CARI |