Foto: Fb Rohaya Zulkarnain Aya
Aiskrim merupakan antara pencuci mulut paling popular di dunia, malah sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan dalam pelbagai acara serta digemari pelbagai lapisan masyarakat.
Pelbagai jenis aiskrim yang ada di pasaran. Namun, bila sebut aiskrim Magnum, kita sudah boleh membayangkan bagaimana rupa dan rasanya.
Baru-baru ini, tular pengguna Facebook ‎Rohaya Zulkarnin Aya‎ berkongsi resipi aiskrim vanila coklat ala Magnum yang mudah caranya. Baca perkongsian dia tentang resipi aiskrim ala Magnum di bawah ini:
Resepi Aiskrim Vanilla Coklat
Bahan-bahannya:
1. 3/4 susu pekat (ikut cita rasa tahap kemanisan anda)
2. 2 kotak kecil susu full cream
3. 1 sudu besar ovellate (pastikan yg halal)
4. 2 sudu kecil perisa vanilla
a) Bancuhan vanila
1. Campurkan bahan-bahan di atas dan kisar dengan pengisar hingga gebu selama 20 minit.
2. Tuangkan dalam jag supaya mudah dituang ke dalam plastik aiskrim.
b) Topping coklat
200g chocolate milk. (Penulis menggunakan Cadbury)
100g dark chocolate Jenama Beryl's
1. Cincang chocolate Cadbury.
2. Campurkan chocolate Cadbury dan dark chocolate, cairkan menggunakan teknik double boil.
c) Cara masukkan bahan dalam plastik
Foto: FB Raja Amanina
1. Semasa masih suam, masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam plastik aiskrim secukupnya. Ratakan coklat dalam plastik aiskrim mengikut ketebalan yang sesuai.
2. Kemudian tuang bancuhan vanilla ke dalam plastik aiskrim.
3. Sejukkan sehingga enam jam atau semalaman untuk hasil yang lebih baik.
Nota :
1. Salutan coklat itu tidak perlu tunggu mengeras kerana jika mengeras ia tidak akan bersalut dengan aiskrim.
2. Coklat itu pekat apabila diratakan dalam plastik dan akan melekat pada keliling plastik, secara automatik bahagian tengah menjadi kosong dan memberi ruang untuk menuang aiskrim.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit : Raja Amanina Dan Rohaya Zulkarnin Aya |