Gara-gara mahu melarikan diri daripada ditahan polis, seorang wanita warga asing yang dipercayai pelacur maut terjatuh dari ruang belebas luar tingkat lima sebuah hotel di Pudu.
Harian Metro melaporkan ketika Op Noda dijalankan itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya terjatuh ketika bersembunyi di ruang berkenaan.
Kredit foto: Harian Metro
Difahamkan, kejadian berlaku selepas dia menyedari anggota bomba dipanggil bagi membantu menahannya.
Selain itu, pihak polis dengan bantuan bomba masih cuba mengesan tiga lagi wanita warga asing yang turut bersembunyi di ruang sama.
Pihak bomba turut terpaksa menggunakan kren bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. - CARI |