Selalunya bila orang patah hati sebab ditinggal kekasih atau orang kesayangan, ramai akan ambil enteng, menganggap lama-lama sembuhlah orang yang patah hati tu.
Tetapi, tahukah anda, patah hati yang teruk sangat ni boleh menyebabkan masalah jantung dan tingkatkan risiko terkena kanser?
PATAH HATI ADALAH PENYAKIT! FOTO: GOOGLE
The Diagnosa melaporkan yang patah hati boleh sebabkan masalah jantung dikenali sebagai Sindrom Patah Hati (Broken heart syndrome) ataupun kalau dalam bahasa doktor, dipanggil Takotsubo Syndrome.
Penyakit ini berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud Perangkap Sotong dan ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Dr Sato mendapati pesakit mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.
Nak terang lebih-lebih pun susah kan, pendek kata bahagian jantung yang membesar secara tak normal tu boleh menyebabkan serangan jantung, sesak nafas dan sakit dada.
BOLEH KENA SAKIT JANTUNG DAN KANSER. FOTO: GOOGLE.
Malah, kajian terbaru juga mendedahkan yang orang patah hati berisiko tinggi untuk dapat kanser payudara, usus, paru-paru dan kulit.
Sebabnya, tekanan hidup terlalu tinggi kerana patah hati sehingga boleh naikkan risiko dapat kanser.
BOLEH KENA KANSER! FOTO: GOOGLE
Jangan lepas ni drama Melayu buat plot patah hati terus dapat kanser sudah la ya.
BUNGA DAN KUMBANG BUKAN SATU JE, CARI LAIN...FOTO: GOOGLE
Apa pun, jangan patah hati lama sangat, bunga dan kumbang lain banyak lagi di luar sana! - CARI |