Susulan daripada perbicaraan kes bunuh seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kadet Laut Zulfarhan Osman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah mengarahkan 18 tertuduh untuk membela diri manakala seorang lagi dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk bela diri.
Hakim Datuk Azman Abdullah tampil membuat keputusan tersebut apabila pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan tersebut, seperti dilaporkan Sinar Harian.
"enilaian maksimum telah dilakukan apabila pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie ke atas kes yang diutarakan. Kesemua tertuduh diminta untuk tampil membela diri"
Enam tertuduh utama dalam kes tersebut adalah Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem Mohd Ali telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri daripada pertuduhan membunuh serta bersubahat untuk membunuh ZUlfarhan Osman di penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan dan 5.45 pagi pada Mei 2017 yang lalu.
Selain itu, 12 lagi tertuduh turut diarah membela diri atas pertuduhan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya bagi mengaku mencuri komputer riba.
Dalam pada itu, Sinar Harian turut melaporkan 'rahmat' bagi Muhammad Akmal Akif Alias, apabila dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.- CARI
|