View: 1933|Reply: 9
|
Ditetak Parang Kerana Tegur Rakan Malas Basuh Pinggan Lepas Makan
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja ladang berdepan detik cemas apabila dia ditetak dengan parang selepas menegur rakan serumah yang malas mencuci pinggan selepas makan.
Gambar Hiasan
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku Selasa lalu pada jam 3 pagi di rumah pekerja di Cenderawasih, Lahad Datu.
Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu sempat melarikan diri ke rumah penyelianya 500 meter dari lokasi kejadian selepas diserang suspek.
Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam biliknya sebelum pintu bilik diketuk suspek berusia 25 tahun, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor.
“Mangsa kemudian membuka pintu namun, suspek terus menyerangnya menggunakan parang sambil menolaknya sehingga terjatuh ke lantai.
“Mereka bergelut dan mangsa berjaya merampas parang daripada suspek, namun disebabkan itu dia cedera di kepala, bahu kiri dan calar di pipi kiri serta telinga dan jari telunjuk kanan,” katanya.
Tambahnya, suspek kemudian mendapatkan parang lain di dapur dan mengejar mangsa yang melarikan diri ke rumah penyelianya.
Mangsa yang kemudian diselamatkan, dibawa ke klinik di Cenderawasih sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.
Nasri berkata, suspek ditahan pada hari sama di rumah pekerja ladang itu jam 1.50 tengah hari. Polis turut merampas dua parang digunakan dalam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Katanya, mangsa mendakwa suspek mungkin berdendam dengannya ekoran ditegur malas membasuh pinggan.
“Sebelum ini mereka tidak pernah bergaduh. Pada 6 petang sebelum kejadian, mangsa ada melihat suspek seperti kemurungan dan bertanya jika dia ada masalah, namun dia hanya mendiamkan diri,” katanya. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ko makan atas daun aje dekk...minum guna tempurung. Dah malas sgt kan...duk utan jd org utan pun bagus |
|
|
|
|
|
|
|
ni jenis kalau kawen , habis bini jd hamba |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah malas nak basuh pinggan baik xyah jadi org. Ko jadi lembu jer...xyah pakai pinggan |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat kawan dia orng gaji dia basuh pinggan dia...silap2 masak pun mangsa yg jadi tukang masak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni parang kena jadi barang kawalan keselamatan..sbb byk sangat kes parang ni..sikit2 parang..
nak beli parang kena ada lesen..ada syaratnya..mcn senjata api |
|
|
|
|
|
|
|
nak basuh pinggan bukan guna byk tenaga , sekali kederat nak parang org tu leh guna untuk 10 kali basuh pinggan tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
parang je balik bagi mampos orang cmni |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pemalas sangat. kawan tu dah habis limit sabar la tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Dahla pemalas, pantang ditegur lak tu. Ini memang jenis yang patut dijauhi oleh perempuan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|