CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13066|Reply: 51

SEJARAH JONKER WALK, MELAKA.

[Copy link]
Post time 3-8-2019 04:01 AM | Show all posts |Read mode



Terletak di Jalan Hang Jebat, Jonker Walk merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik yang murah di Bandar Melaka. Di sini terletak pekan cina yang  memaparkan seni bina baba dan nyonya. Ini kerana zaman penjajahan dulu, kawasan ni ialah kawasan perdagangan dan kediaman Baba dan Nyonya yg kaya raya.

Jalan ini dipenuhi dengan rumah-rumah bersejarah dari abad ke-17. Tapi sekarang kebanyakkan rumah-rumah ni dah jadi kedai-kedai yang menjual barangan antik, tekstil, makanan, kraftangan dan cenderamata. Tak kurang juga dah jadi hotel-hotel. Hotel yg paling famous di Jonker Walk ni ialah Hotel Puri. H&M pun ada di Jonker Walk ni. Berdepan pula dgn Hard Rock Cafe. Walaupun banyak International Brand dah menapak di sini, ciri-ciri dan imej baba dan nyonya bangunan itu masih lg dikekalkan.

Pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jalan utama ini akan ditutup utk memberi laluan kepada peniaga-peniaga pasar malam. Pasar malam ni bermula dr jam 6 petang sehingga 12 tgh malam. Ada banyak gerai-gerai jualan. Tapi gerai-gerai makanan kat situ sy agak ragu-ragu juga lah. So hati-hati ya.

Semasa zaman Melaka-Belanda, pekerja dan orang bawahan daripada penjajah Belanda pernah tinggal di Heeren Street yang berdekatan. Bagaimanapun, setelah Belanda pergi, ia menjadi jalan bangsawan. Orang kaya golongan peranakkan mula untuk hidup dan melakukan perniagaan dalam kawasan jalan, memberi jalan tersebut cita rasa etnik dan budaya yang mendalam.

Artifak asli yang berumur 300 tahun yang lalu masih boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain. setiap satunya mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.

Kalau rajin berjalan, anda boleh menyusur lorong-lorong disekitar Jonker Walk ni. Dan anda boleh lihat ada beberapa kedai yg menjual bahan-bahan keperluan dapur seperti bawang, beras & lain-lain secara borong.

Utk pengetahuan kalian, di muara Sungai Melaka dulu adalah pelabuhan utk kapal-kapal dagang menurunkan barang-barang dagangan mereka. Jadi tidak mustahillah kalau anda masih lg boleh melihat kedai-kedai yg menjual barang-barang keperluan dapur ni.  Terdapat juga Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia yg terletak hanya bersebelahan dengan Muzium Samudera & Jeti Melaka River Cruise.

Sedikit sejarah tentang muzium ini. Muzium Kastam di Melaka ini terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya merupakan sebuah gudang simpanan barangan perdagangan. Bangunan lama ini dibina sejak tahun 1890-an oleh British & telah melalui beberapa fasa pembaikan untuk mencantikkan lagi keadaannya. Di dalam muzium ini menempatkan pelbagai infomasi yang rata-ratanya berkaitan dengan sejarah penubuhan, tugas kastam, pencapaian terbesar kastam & yang paling menjadi tumpuan adalah koleksi harta rampasan kastam yang sangat unik & boleh dikira antik untuk tatapan umum.

Di Jonker Walk ni juga terdapat sebuah makam pahlawan yg terkenal iaitu Makam Hang Kasturi. Makam tersebut berada diantara deretan kedai-kedai disitu dan masih lagi terjaga rapi.

So kepada semua yg nak rasa serba sedikit tentang kehidupan org zaman dahalu, cubalah explore Jonker Walk ni. Best tau.... Macam-macam boleh jumpa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2019 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu tengok Jonker Walk dalam AFC channel
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Circa 2006 ada pi melawat jonker walk ni..matsalleh ramai siap mcm ada mini bar tepi jalan..minum2 heineken..
So far..this place is not my cup of tea kalau melawat melaka
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Taraaa... Dah makin ramai menyumbang thread kat bod ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2019 11:24 AM | Show all posts
awaynepian replied at 3-8-2019 06:45 AM
Circa 2006 ada pi melawat jonker walk ni..matsalleh ramai siap mcm ada mini bar tepi jalan..minum2 h ...

Yes... sekarang pun masih ada bar bar itu... biasalah kawasan bukan melayu kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2019 11:26 AM | Show all posts
sarah82 replied at 3-8-2019 09:10 AM
Taraaa... Dah makin ramai menyumbang thread kat bod ni.

Nak kutip kacang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms.Mangga replied at 3-8-2019 11:26 AM
Nak kutip kacang...

Bagus2...moga byk thread ttg melaka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2019 11:44 AM | Show all posts
sarah82 replied at 3-8-2019 11:28 AM
Bagus2...moga byk thread ttg melaka..

InsyaAllah more to come... btw, mcm mana nk tau, 1 level kena brp point ya? Stuck kat level 3 lama dh ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms.Mangga replied at 3-8-2019 11:44 AM
InsyaAllah more to come... btw, mcm mana nk tau, 1 level kena brp point ya? Stuck kat level 3 lama ...

Ada hari nampak kat bod sembang ttg point
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 12:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-8-2019 12:02 PM

Kalau rajin masuk kedai2 kat sini, akan jumpa bnyk sgt gambar2 jonker walk zaman dulu kala. Zaman2 org berdagang. Seronok tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-8-2019 09:10 AM
Taraaa... Dah makin ramai menyumbang thread kat bod ni.

Seronok kan. Thanks pd semua
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ms.Mangga replied at 3-8-2019 11:44 AM
InsyaAllah more to come... btw, mcm mana nk tau, 1 level kena brp point ya? Stuck kat level 3 lama ...

Post hari2. Gi msk thread check in
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-8-2019 03:13 PM
Seronok kan. Thanks pd semua

Betul.. Makin ramai org buka benang bod sejarah makin meriah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2019 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-8-2019 03:14 PM
Post hari2. Gi msk thread check in

Ok.. tq...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 09:32 AM | Show all posts
indeed. memang cuak nak beli makanan kat stall JS tu. Awal tahun aku pegi ada satu group budak melayu promosi kuih keria n kelapa muda lambung siap berpantun, bersilat dengan pakai setanjak, sampin n keris bagai. kalau usaha macam ini memang aku sokong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2019 10:32 AM | Show all posts
Tq for the info tt, baru tahu kebanyakan kedai-kedai kat situ asalnya rumah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 11:59 AM | Show all posts
pernah pergi sekali..last year..
bau tauhu busuk tu wat rosak suasana la
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah lalu je..tapi x pernah masuk kedai kedai area tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
7th replied at 9-8-2019 09:32 AM
indeed. memang cuak nak beli makanan kat stall JS tu. Awal tahun aku pegi ada satu group budak melay ...

Org kita ssh nk masuk kawasan tu... faham2 la ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.655006 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list