Edited by trunks at 8-8-2019 02:57 PM
Brownies kedut merupakan satu-satunya kek bantat yang sedap dimakan dan mendapat permintaan tinggi.
Nama brownies diambil daripada the deep brown colour of cookies. Salah satu pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai tambahan lagi apabila digabungkan bersama aiskrim vanila.
Wah, lazatnya. Pasti sudah terliur, kan?
Foto Kredit: FB Azlina Ina Fans
Jom cuba resipi dari pembuat kek viral terkenal, Cikgu Azlina Ina yang tidak lokek berkongsi cara membuat pelbagai jenis kek di laman Facebook beliau.
Bahan-bahan :
150 gram mentega
1 cawan gula perang halus
350 g coklat masakan (resepi asal guna coklat masakan jenama Dark Beryls)
3 biji telur ayam
90 g tepung naik sendiri
30 g biskut oreo (hancurkan)
Cara membuatnya:
1. Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah 'double boil'.
2. Satukan telur dan gula perang. Kacau sebati.
3. Satukan tepung naik sendiri dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
4. Masukkan coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan (langkah 1) dalam telur dan gula perang (langkah 2). Kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan bahan kering - tepung dan biskut oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan di langkah 5.
6. Lapik loyang dengan baking paper dan tuang adunan. Susun biskut oreo atas adunan dan bakar pada suhu 140-150 darjah Celsius selama 45-50 minit menggunakan api atas dan bawah.
6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba!
Tip: Panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum mula menyediakan adunan. - CARI
Sumber: Azlina Ina Fans |