Kepada Harian Metro, Bakri menitipkan rasa kesyukuran kerana dengan izin Allah SWT hatinya terbuka kembali kepada fitrah sehingga membuka lembaran baru dalam hidupnya.
"Ini semua perancangan Allah saya bersyukur sangat.
Selama ini, tak pernah terfikir untuk sampai ke sini,
tapi saya rasa panggilan ini kerana Allah masih sayangkan saya."
Foto :HM
Ujarnya, ucapan terima kasih harus dikalungkan kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang banyak membantu penghijrahannya selama ini.
Dia terdiri daripada 483 kumpulan jemaah haji yang berlepas ke Jeddah menerusi penerbangan ke-53, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Penglibatan Masyarakat Kuliah Perubatan UIAM, cawangan Kuantan Pahang Prof Dr Samsul Draman yang mengetuai Projek Flagship Gender Dysphoria dalam membimbing Bakri dan golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.
Bakri berkata, dia tidak akan mensia-siakan peluang berkenaan sebaliknya tekad melakukan ibadat sebaik mungkin selepas sekian lama menanti dan membuat rayuan menunaikan haji.
Foto : HM
"Saya ingin memohon keampunan bersungguh-sungguh depan Kaabah dan Raudah
supaya Allah ampuni dosa silam selepas banyak melakukan kemungkaran dan menzalimi diri sendiri.
Saya juga ingin mohon supaya hati ini jangan dibolak-balikkan tetapi terus istiqamah.
Kepada mereka yang masih mencari hidayah, Bakri yang juga pengasas Persatuan Insaf Pahang menitipkan pesanan, teruskan perjuangan mencari jalan diredai Allah. Jangan berputus asa mencari dakwah Allah. Kalau boleh jangan mudah melatah dengan tohmahan masyarakat sekeliling biarkan saja mereka.
"Kita ini istimewa Allah pilih beri ujian dan Allah tidak salah pilih kita walaupun ada kekurangan
tetap ada kelebihan lain jadi jangan terus persoalkan kenapa uji kita begini kerana ada hikmahnya."
Bakri juga mendoakan rakan-rakannya agar dipermudahkan mencari petunjuk Allah. Alhamdulillah, masih ada ruang mereka yang bergelumang dengan maksiat untuk kembali ke jalan Allah. Sebagai hamba Allah, kita wajar membimbing mereka untuk bertaubat dan sama-sama menuju syurga. - CARI