|
Siapa sangka seorang individu keturunan Tionghua mendedahkan dia pernah menjadi pelajar cemerlang dalam penulisan jawi di sebuah sekolah rendah di Melaka.
Memetik laporan ProjekMM, aktivis sosial, Pang Kee Teik malah mengakui pernah memenangi pertandingan menulis jawi anjuran majalah Dewan Pelajar dan dihadiahi langganan percuma majalah itu selama 3 bulan.
“Ia perkara paling aneh yang saya lakukan sebagai pelajar.
Kredit foto: Projekmm
“Guru saya menjadikan saya [sebagai contoh] untuk menegur pelajar Melayu. Ibu bapa saya gembira.” kata aktivis lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di laman sosial miliknya.
Pun begitu, lelaki ini berkata dia sudah pun lupa dengan penulisan jawi, sama seperti subjek asas bahasa Cina dan pengajian Konfusius yang pernah dipelajari.
“Apa yang kamu belajar di sekolah adalah peluang dan saya berbangga diberikan banyak peluang untuk belajar daripada tiada apa-apa,” katanya.
Ramai di kalangan warganet yang memuji dan berasa kagum dengan perkongsian tersebut. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|