Hanya kerana ucapan selamat ulang tahun kelahiran saja sudah cukup membuat peminat Duchess of Cambridge dan Duchess of Sussex bertelagah di media sosial.
Kredit foto: IG Kensington Royal
Jika sebelum ini, Meghan Markle dikecam kerana mengabaikan protokol ketika mengucapkan selamat ulang tahun kepada Ratu Elizabeth dan anak-anak Kate Middleton bersama Putera William.
BACA: Ucapan Manis Harry Dan Meghan Buat Ulang Tahun Ke-4 Puteri Charlotte Cetus Kemarahan
Terbaru, Kate menerima amukan peminat Meghan menerusi ruangan komen Instagram Kensington Royal kerana tidak menggunakan gambar yang tertumpu pada isteri Putera Harry itu.
Kredit foto: IG Kensington Royal
Sebaliknya, gambar pasangan diraja Cambridge dan Sussex serta Putera Charles digunakan bagi membuat ucapan itu.
"Tunggu dulu, kenapa tiada gambar solo dia (Meghan)? Itukan hari ulang tahunnya!
"Semua jurufoto diraja gagal mendapatkan gambar yang memberi fokus kepada Meghan? Gambar yang lebih ceria?
"Kenapa guna gambar keseluruhan keluarga diraja? Ia bukan mengenai Kate, William atau Charles! Ia hari bermakna Meghan! Mengarut!" antara komen peminat Meghan.
Kredit foto: IG Sussex Royal
Jika diperhatikan menerusi IG Sussex Royal, Harry dan Meghan tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepada ahli keluarga the Cambridge, sebaliknya hanya meninggalkan komen di bawah gambar yang dimuat naik IG Kensington Royal.
Kira bersyukurlah wajahnya dimuat naik di IG Kensington Royal berserta ucapan selamat ulang tahun. - CARI |