Aduhai, kasihan Neelofa yang terkandas selama dua hari menyebabkannya tidak dapat berangkat ke Jeddah seperti yang dirancang. Ini kerana Lofa dan beberapa jemaah lain mempunyai masalah visa.
Pendedahannya di buat menerusi IG Stories namun telah dipadamkan setelah beberapa minit disiarkan.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, Neelofa sempat mencoretkan bahawa urusan mereka akhirnya dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang singkat. Mereka akan berangkat ke Mekah setelah semuanya selesai.
"Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok."
Kredit foto: IG
Tiada kemas kini terbaharu mengenai Neelofa di Mekah melainkan gambar-gambar dan video yang sudah dirakamkan terlebih awal mengenai perkembangan jenama bajunya sendiri.
Sepatutnya Neelofa bertolak pada 4 Ogos lagi, namun disebabkan masalah Visa, mereka terpaksa berangkat lambat dua hari. Namun Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.- CARI
|