View: 10394|Reply: 55
|
"Tak Ada Orang Nak Taja Saya" - Faizal Tahir Jelas Isu Bersara
[Copy link]
|
|
Selepas kecoh pengumuman album terbarunya "Rojak" yang dikatakan sebagai album terakhir, ada peminat bertanyakan mengapa Faizal Tahir tidak mengadakan konsert sempena "persaraannya" itu.
"Bukan tidak mahu mengadakan konsert. Saya tidak mempunyai penaja. Tanpa duit, projek tidak boleh diteruskan. Orang tidak sudi menaja saya," katanya seperti dipetik dariakhbar Kosmo.
Tak ada orang nak taja konsert saya
Foto: Instagram
Penyanyi yang terpalit dengan skandal gambar bogel itu juga menjelaskan bahawa beliau bukanlah akan bersara langsung, sebaliknya hanya akan terlibat dengan penghasilan lagu untuk penyanyi lain dan hanya akan mengeluarkan "single" untuk diri sendiri kerana pasaran album yang tak berapa kena.
"Tidak ada perkara yang membuatkan saya merajuk dengan industri. Kita tidak boleh menghalang teknologi. Apa yang pasti, saya akan berehat dalam tempoh yang amat panjang sebelum bersedia untuk kembali kelak," katanya.
"Susah jadi penyanyi sekarang"
Foto: Instagram
Dia juga menjelaskan jualan album penyanyi sekarang tidak berbaloi dengan kos pengeluaran, menyebabkan dia memutuskan untuk hanya mengeluarkan single sahaja.
"Sukar untuk menghasilkan album penuh. Apabila melihat hasil pulangan jualan album tidak memberangsangkan malah tidak berbaloi dengan kos menerbitkan album, saya berpendapat keputusan ini tepat," ujarnya.
Begitulah realiti dihadapi penyanyi sekarang. Hendak mengadakan konsert, susah betul untuk mendapatkan penaja. Album penuh memang kosnya tinggi dan jualan album fizikal pula tidak memberangsangkan. Manakala, royalti lagu digital pula tidaklah semewah royalti dahulu.
Jadi, ada sesiapa nak taja konsert Faizal Tahir ni tak? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. kalua buat konsert I nak prgi, makin tua makin hensem pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Konek sendiri hancurkan kerjaya..gg |
|
|
|
|
|
|
|
memang layak la takde org taja..suruh pornhub taja, mesti laku nyahh ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cer tukar nama jadi sitinurfaizal
confirm ramai penaja
btw dia mmg best
tapi aku x tau pasal apa ada sejenis bloackage macam biases for him
artis lain boleh kenapa dia x boleh
noh hujan tu ada jer huat konsert x pakai baju takde pulak kena gam ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbakat..lagu2best...hsome lak tu...n terkenal n dia ckp pun best je..nape tkde org nak taja....ramai je yg minat ft ni n sy pasti ramai yg akan tgk konsertnya...buat jelah konsert yg berskala kecil je dulu...album rojak dia laku keras weiii |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka faizal tahir ni mcm aku suka anuar zain.. Suara lelaki sejati. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun beburung terbang tapi meollss masih minat kat FT..makin tua makin ensem yachhh..stuju noh tu smpai bukak baju xkena gam lak tapi dia ni mcm2 kena ban..xtau la pasal ape padahal sore da sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Kerna burung hancur masa depan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suke jer die nie.. Lagu2 experimen die masih waras utk mek dgr n paham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btoiilaaaa gamaknya tuuuu xderr penajaa.. Dr zaman album anatomy tuu lgk dia mmg ada plan nk buat konsert.. Tp smpi daaa kuar album rojak still x jln2 plan nyaaa ituuuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara penyanyi lelaki yg meolls minat. Suara best, lagu pun best |
|
|
|
|
|
|
|
Itu la dia . nnti dah mati baru nk sanjung2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua ada org minat ka. Pergila berduet sama kikim ka piano ka |
|
|
|
|
|
|
|
iolss suka je ft...u rockk fttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu2 dia sedap. Lagu baru "ratu" tu best betul liriknya |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ft tanya rozisangdewi camana dia dapat penaja konsert back to back
Iols ok2 jah dgn ft ni, kadang2 dengar live dia haus, kadang2 ok. Tapi lagu2 eksperimen dia macam mr ragaman tu boleh layan jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|