Edited by eddlisa_uyuk at 14-8-2019 01:25 PM
Demi Tuhan Aku Bersaksi Penuh Pengajaran
Sebagai sebahagian usaha 'meluruskan' dan mengurangkan mudarat pada tahap minimum usai kontroversi telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang kononnya memburukkan institusi tahfiz, telemovie ini dipertontonkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli al-Bakri, PU Hafiz (Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor), Ustaz Ahmad Shukri (CEO PPZ MAIWP) dan Ustaz Dailami (Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan) yang disertai wakil produksi dan RTM.
Kredit Foto - Instagram Fadzil Zahari
Menerusi hantaran Facebook Dr Kamilin Jamilin, sarjana hadis itu menyimpulkan telefilem ini penuh pengajaran dan tiada sedikitpun babak yang menjolok mata dan tidak menutup aurat.
"Namun, cerita Demi Tuhan Aku Bersaksi ini saya dapati sangat banyak nilai positif dan pengajarannya dan langsung tidak kelihatan menjatuhkan imej institusi tahfiz. Bahkan, tiada pendedahan aurat langsung atau pergaulan bebas seingat saya.
"Seandainya masyarakat Malaysia perlu menonton cerita, cerita yang penuh pengajaran sebeginilah yang diperlukan. Bukan cerita cinta bunga, kahwin pengarah syarikat atau rapu-rapu bagai."
Menurut Dr Kamilin lagi, Yana Shamsuddin selaku sebahagian daripada penerbit telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang hangat dikritik dan menjadi mangsa sikap melatah melulu segelintir masyarakat kelihatan sebak ketika menonton telelefilem tersebut.
Siapa tahu, mungkin mengenangkan tohmahan yang menimpanya.
Semoga dengan ulasan positif Dr Kamilin Jamilin dan lain-lain agamawan tadi memberikan sinar harapan agar telefilem ini dapat ditayangkan seperti dijadualkan.
Sama-samalah kita tunggu hari tayangannya. Semoga kita semua mendapat pengajaran dari telefilem ini kelak. - CARI |