CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8788|Reply: 78

"Sia-sia Je Tua Tak Boleh Buat Anak" - Warganet Biadab Tinggalkan Kome

[Copy link]
Post time 15-8-2019 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Kadang kala tidak faham mengapa sesetengah warganet gemar melempiaskan rasa amarah atau pun kata-kata hina kepada golongan artis.

Kalau tak suka, tak perlu follow mereka ini di laman Instagram. Ini sebaliknya, bila sudah follow, tampil pula dengan komen-komen negatif yang sengaja dibuat untuk menyakitkan hati.






Itu yang berlaku pada penyanyi Datin Alyah baru-baru ini. Menerusi satu posting di IG miliknya, penyanyi Kisah Hati ini berkongsi kata-kata semangat untuk dirinya.

Namun, seorang warganet meninggalkan komen berbaur hinaan dan mengaibkan bila mengaitkan sekali suami Alyah, Datuk Ramli MS.

"Tanpa suami di sisi tak guna wahai @alyah81. Sia-sia je tua tak boleh buat anak. Suami pulak hampir rebah ke bumi," tulisnya.

  





Apa perasaan korang jika ada yang tiba-tiba melemparkan kata-kata seperti ini?

Nampaknya Alyah cuba menjawab dengan begitu tenang sekali.







"Kesian kat awak. Kerja jaga rumah tangga orang je. Allah SW tu sebaik-baik perancang. Cuba awak belajar baca Al-Quran dan kisah Nabi Insya-Allah awak akan jadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain.

"Tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yang awak sakitkan tu. Mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dengan cara macam ni," tulis Alyah.

Tak ada angin dan ribut, tak pasal-pasal terpacul komen busuk macam tu. Kesian, bertabahlah Alyah! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2019 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nya acik2 kepam netizen ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:07 PM | Show all posts
Kesian gak lah dgn tin yah ni

Anak tukan penyeri hidup

Tp lom ada rezeki lg nmpknya



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:07 PM | Show all posts
aku suka je alyah ni kena maki dia pun mmg selalu meminta. merintih je story dia pening aku syamil
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:08 PM | Show all posts
queen ke kau? release album lagu pun sendu, nyanyi live kemain hauk, award pun hapa jah yang kau dah dapat nok. takat title datin tu je lah kau nak bangga fefeling queen pon kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni org msh kisah sbb sheol bini tokram.  Pencapaian nan hado, live hauk, emo mcm bbnu, personaliti membosankn sbb control tertib sgt. Walhal realiti dh mmbuktikn sheols bkn jns terkawal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2019 01:20 PM | Show all posts
alahai netizen jangan menyibuk la. kalau takda benda elok untuk cakap lebih baik diam. tak rasa bersalah ke dah sakitkan hati orang lain?

lupakah netizen ctdk herlokkkk jah dapat piyah di usia emas
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:33 PM | Show all posts
dia xde kawan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2019 01:34 PM | Show all posts


sedeh pula aku... i feel u alyah... semoga kuat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:36 PM | Show all posts
puakanya orang macam ni

kalau iols jadi tin yah memang makan maki la
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya lahai orang yg komen tu. Tak boleh ke simpan je tangan tu dari menaip ayat yg tak baik. Baik guna tangan tu untuk sental dapor yg berkerak tu haaa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:15 PM | Show all posts
tak berdosa pun tak ada anak,  tiada kena mengena hal dia dgn suami dia kalau ada masalah ke apa.. yg dosa tu mlut nitizen macam puaka.. moga apa kau cakap tu berbalik dekat diri kau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
walopun dia sendu ke ape... puaka nya mulut yg buat komen tu. Macam dia yang maha kuasa. Busuk!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:18 PM | Show all posts
Teruknya netizen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai menghina mcm ni padahal alyah x kacau hidup dia pun aku sokong je kalau kena saman. Ni elok je alyah reply. Bukan mcm si epal tu nk menyaman x padan dgn kes.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:29 PM | Show all posts
kesiannya! iols hrp ada rezeki sheols ada anak sendiri dgn tokram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen ni mulut mcm hangsuang
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hansuang nya makcik bawang.. Apa dosa tinyah kat dia sampai komen bab anak bagai.. Sick!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:33 PM | Show all posts
sendiri buat fake ig ke tinyah..pastu komen buat2 kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:33 PM | Show all posts
kecohla netizen,  belum tentu la anak ko tu jaga ko waktu tua nnt. prffffttttt

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.414680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list