Nampaknya, pengarah becok Michael Ang tidak ketinggalan mahu mengulas mengenai pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular.
Kredit foto: IG Michael Ang
Bagaimanapun, Mike tidak menolak pembelajaran tulisan itu kerana baginya ia tidak akan 'mencacatkan' kepercayaan sesuatu agama.
"Bagi saya, belajar bahasa tak akan 'mengIslamkan' atau 'mengBuddistkan' atau 'mengIndiakan' seseorang itu kerana ia hanya SATU BAHASA," tulisnya.
Ramai menyokong pendapat Mike dan menjelaskan bahawa bahasa digunakan masih lagi bahasa Melayu, cuma ditulis dalam tulisan jawi yang juga satu seni kaligrafi.
Kredit foto: IG Michael Ang
Pun begitu, segelintir warganet meletakkan kesalahan di bahu kerajaan dalam isu ini.
Kredit foto: IG Michael Ang
Apapun, teringat pula pada akhbar jawi suatu ketika dahulu. Siapa sempat belajar membaca tulisan jawi dengan Utusan Melayu? - CARI
Kredit foto: Internet
Kredit foto: Twitter
|