|
SEIKO, salah satu pembuat jam tangan paling disegani di dunia dengan kejayaan yang revolusionari melebihi 130 tahun, mempamerkan beberapa model menarik ke dalam rangkaian Prospex dan Presage.
Pengenalan jam tangan yang inovatif itu untuk meraikan pelancaran rasmi butiknya di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall.
SEIKO Prospex
Komited untuk terus memelihara persekitaran marin, jam tangan penyelam Prospex yang mendapat pengiktirafan dunia telah bekerjasama dengan peneroka lautan dan pemulihara marin, Fabien Cousteau untuk menghasilkan tiga jam tangan edisi khas “Save the Ocean” bagi meyebarkan kesedaran mengenai kepentingan hidupan marin.
Fabien Cousteau ialah cucu pertama lagenda Jacques-Yves Cousteau,perintis usaha pemuliharaan marin dan menjadi pengasas bersama Aqua-Lung; peralatan menyelam yang semakin popular di seluruh dunia.
Dengan ketahanan sehingga kedalaman 200 meter dan menampilkan ciri Solar Chronograph SSC741P1, reka bentuk jam tangan Turtle SRPD21K1 serta Samurai SRPD23K1, ciri-ciri reka bentuk tiga variasi ini diinspirasikan oleh ikan pemangsa yang cukup dikenali iaitu jerung putih.
Model baharu yang pasti menggembirakan peminat SEIKO yang semakin ramai, acara itu turut memperkenalkan rangkaian terkini dalam keluarga Prospex – siri LX, terdiri daripada enam utas jam tangan yang eksklusif di butik sahaja. Peminat jam tangan sukan dan peneroka tegar pasti teruja kerana siri LX dibangunkan bersama lagenda pereka bentuk industri Jepun, Ken Okuyama yang hasil kerjanya diiktiraf oleh gergasi industri automotif.
SEIKO Presage
Mereka yang sedang mencari jam tangan yang elegan dan bergaya pasti kagum dengan model-model Cocktail Time edisi terhad - Presage SRPD36J1 dan SSA392J1. Gabungan semangat seni pertukangan Jepun tulen dan kemahiran tinggi SEIKO dalam menghasilkan mekanikal jam tangan, rangkaian jam mekanikal yang menarik perhatian ini terhad kepada 8,000 utas sahaja di dunia.
Ia diinspirasikan daripada gabunga warna koktel klasik yang dihasilkan oleh bartender yang memenangi anugerah dan berpangkalan di Tokyo, Hisashi Kishi.
Untuk senarai pengedar sah, maklumat lanjut mengenai SEIKO serta koleksi lain yang terdapat di Malaysia, sila layari laman web www.thongsia.com.my, halaman Facebook SEIKO Malaysia di www.facebook.com/seikomalaysia atau halaman Instagram SEIKO Malaysia di www.instagram.com/seikomy. |
|